Mahasiswa Dalang pengeboman 901?

#Mahasiswa terbabit telah pun ditahan untuk siasatkan lanjutan oleh Pihak Polis

Tak kira gurauan mahupun berniat apa yang telah dilakukan oleh mahasiswa terbabit telah membawa musibah kepada semua pihak. Ugutanya terhadap Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak tidak boleh dianggap gurauan sama sekali ini kerana kes – kes sebegini pernah berlaku diluar negara dimana beberapa pembunuh pernah mengaku atau memberitahu pelannya di media sosial sebelum melakukan pembunuhan.

Ugutan Mahasiswa terhadap Perdana Menteri Malaysia

Sebaik saja penulis membaca penyataan mahasiswa ini, terlintas dalam fikiran penulis apakah Mahasiswa ini antara dalang yang dicari oleh pihak polis dalam pengeboman di Kompleks Mahkamah jalan duta pada 9 januari yang lalu?Jikalau mahasiswa dari seluruh pelusuk negara boleh menyertai demo di UPSI apatah bagi mahasiswa ini untuk turun mengeruhkan keadaan dengan meletakan bom buat sendiri di kompleks mahkamah? Maka penulis menganggap ini sebagai isu serius dan telah membuah laporan polis untuk meminta pihak berkuasa menyiasat jika adanya sebarang hubung kait dengan 3 insiden pengeboman yang berlaku tempoh hari.

Penulis telah membuat laporan polis di IPD Shah Alam / Selangor supaya kebenaran dan keadilan kepada semua pihak ditegakan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Penulis bersama cetakan skrin dan laporan polis di IPD Shah Alam

Persoalan saya apakah keperluan mahasiswa untuk bersikap radikal sampai ingin mengebom Perdana Menteri Malaysia? Tugas seorang mahasiswa adalah untuk menimba ilmu di menara gading. Saya meminta pihak polis untuk menyiasat sepenuhnya mahasiswa ini dan mahasiswa ini patut diberi hukuman yang setimpal oleh pihak kehakiman juga pihak universiti. pengebom tempatnya bukan di universiti tetapi belakang tirai besi.

psssttttt: jika mahasiswa ini terbabit dalam pengeboman yang berlaku tenpoh hari gua boleh dapatkah itu Rm13k?

Print Friendly

This entry was posted in Mahasiswa, News and tagged , . Bookmark the permalink.