Masjid, Tokong dan Kuil di Sembrong bersatu demi #MH370 @HishammuddinH2O

MH370 dalam kenangan.

Sudah lebih sebulan, masih belum ada sebarang maklumat yang mengenai pesawat Mh370. Ramai yang kian lupa malah sudah malas untuk mengemaskini maklumat berkaitan pesawat tersebut. Kesungguhan, harapan dan doa semakin lama semakin pudar. Namun di Sembrong Dato Sri Hishammuddin Hussien , Ahli Parlimen Sembrong bersama – sama Adun Kahang YB Vidyanathan dan Adun Paloh YB Chong Ah Onn telah menganjurkan sembahyang hajat di Masjid, Tokong dan Kuil di Sembrong. Terharu kami dengar apabila ketiga – tiga komuniti terbesar Malaysia bersatu tanpa mengira kaum, agama dan bangsa semata – mata untuk mendoakan mangsa Mh370.

IMG-20140412-WA0040

Sembahyang Hajat di Kuil yang diketuai oleh YB Vidyanathan

IMG-20140412-WA0041

Sembahyang Hajat yang diketuai oleh YB Chong Ah Onn

IMG-20140412-WA0042Terakhir, tulang belakang Operasi Pencarian Mh370, Dato Seri Hishammuddin Hussien dalam sembahyang hajat Mh370.

Saya menyambut baik program – program sebegini. Ini lebih memupuk semangat perpaduan antara rakyat Malaysia. Bukannya menyebarkan budaya fitnah.

Dato Seri Hishammuddin, saya percaya rakyat Malaysia yakin dan akan memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada Dato Seri dalam usaha pencarian Mh370. Waktu genting sebegini, terserlah kepimpinan Dato Seri. Syabas! Kami bersama mu.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional. Bookmark the permalink.