Mati dalam lokap: Kadang – kala memang ADIL

#Maaf kepada semua pembaca jika artikel ini menyinggung perasaan anda.

Makin lama makin ramai suspek atau pesalah yang ditahan dalam lokap meninggal dunia sama ada kerana mati mengejut ataupun akibat dipukul oleh pihak polis sewaktu menjalankan siasatan. Saya akur memang pesalah yang ditahan oleh pihak polis dan mereka mempunyai hak untuk menyoal siasat bagi mendapatkan maklumat . Saya juga tahu ketahap mana mereka akan pergi jika ingin mendapatkan maklumat penting daripada seseorang penjenayah tetapi memukul sehingga tenat adalah kaedah tidak sesuai dan patut diabaikan oleh pihak polis.

Saya faham perasan pegawai polis yang muak untuk tengok penjenayah kesalahan berat yang sama, selalu keluar masuk balai kawasan mereka. Siapakah kebanyakkan si mati ini? Pembunuh, perogol, peragut penghisap dan pengedar dadah. Kebanyakkan masyarakat india sememangnya mahu golongan ini untuk terus ghaib dari muka bumi. Tak percaya, pergi tanya dengan sesiapa sahaja rakyat biasa, apa pendapat mereka tentang penjenayah semua ini? Rata – rata akan menjawap lebih baik mereka mati ditangan polis daripada membunuh sebilangan besar masyarakat yang lain. Kehilangan satu nyawa jahat adalah lebih baik daripada mengorban berpuluhan yang lain. Ada yang akan marah dengan penulis selepas membaca artikel ini tetapi sedarkah anda bahawa isu kematian dalam lokap ini diapi – apikan oleh pihak pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat demi kepentingan politik mereka?

Saya ingin bertanya kepada semua, pernah anda terdengar nama V Divendran yang berumur 25 tahun? Dia adalah seorang pegawai polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dibunuh kerana DENDAM. Siapa yang bunuh? Seorang lain berbangsa india yang bernama KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY

427061_305570529497496_138833462837871_755750_1867123993_n

KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY, pembunuh Konstabel V Divendran

Adakah sesiapa daripada pembangkang atau masyarakat india sanggup turun ke jalan berdemo untuk mendapatkan keadilan kepada mendiang pegawai polis india muda itu? Tidak. Bahkan semua lupa dan ada yang tidak mahu mengambil tahu akan apa yang berlaku kepada pegawai polis dan keluarganya!

Yang anda tahu ialah menyalah dan memdapatkan publisiti kepada pembangkang dimana mereka tahu  isu kematian dalam lokap boleh menaikkan lagi kemarahan masyarakat india supaya membenci polis dan lambat laun pembangkang akan mengaitkan Kerajaan Barisan Nasional. 

hindraf1

Contoh publisiti yang dicari oleh pembangkang dalam kematian kugen

Bagi mereka yang separa tahu isu dan aktif dalam media sosial, akan terus berfikir secara emotional daripada rasional akan terus membedil pihak Polis dan Barisan Nasional sampai mereka akan gambarkan seolah – olah Barisan Nasional yang mengarahkan penjenayah itu untuk dipukul sehingga mati.

Saya nak tanya sedikit kepada semua. Apakah jawapan anda kepada keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi?

je_01.1

Apa jawapan anda kepada tangisan bapa yang kehilangan anaknya disebabkan seorang penjenayah?

Inspektor tak cam mayat anak saudara

Mayat Pengawai Polis Divendran yang mati dibunuh oleh Karu.

120204-bunuh-polis-3-450x300

Keluarga mangsa yang menangis di tengah jalan. Apakah perasaan anda jika anda di tempat mereka?

Jadi janganlah terlalu taksub menyokong kematian penjenayah kerana kematian mereka adalah kecil berbanding kadar jenayah dan pembunuhan yang mereka lakukan. Tetapi saya tahu ini tidak akan menjustifikasikan keadaan sebenar dan saya akui pihak polis tidak seharusnya mengambil undang – undang ditangan mereka sendiri. Kadang – kala jika darah daging kita sendiri dibunuh oleh salah seorang penjenayah, dan lambat laun kita mendapat tahu bahawa dia telah mati dipukul pihak polis atau mati dalam lokap, Apakah perasaan kita pada ketika itu? Adakah kita akan bergembira kerana keadilan terjawab akhirnya atau sedih kerana dia mati dalam lokap? Fikirkan.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, Kebajikan, MIC, Selangor. Bookmark the permalink.