#MH131 buat pendaratan cemas di Paris

Pagi tadi saya melihat rakan – rakan FB saya berkongsi satu laman berita yang melaporkan bahawa pesawat MH131 membuat pendaratan cemas kerana rosak peralatan pemanduan akibat terbang di atas perudaraan gunung berapi yang aktif. Berita itu boleh dibaca di pautan ni -> http://worldnewsdailyreport.com/malaysia-airline-flight-forced-into-emergency-landing-after-flying-over-icelandic-volcano/

Screen Shot 2014-09-17 at 7.34.08 AM

Portal Berita World News Daily Report

Ramai yang mula berkongsi artikel ini dan ada yang mula mempersoalan kredibility MAS malah ada yang mula menuduh MAS tidak akan belajar dari kesilapan dan sebagainya. Agak pedih mata bila membaca komen – komen mereka. Saya kongsikan cetakan skrin komen – komen mereka yang saya rasa anda patut baca.

Screen Shot 2014-09-17 at 7.45.37 AM

Inilah sikap segelintir rakyat Malaysia yang buta maklumat, cepat melulu menuduh sesiapa sahaja jika difikirkan benar. Apa sahaja yang dilaporkan oleh media barat, mereka mempercayai bulat – bulat sehingga sanggup mengadai pertiwi negara kita.

Balik kepada cerita MH131, Kod Penerbangan MH131 adalah kod laluan Kuala Lumpur ke Auckland bukannya Paris ke New York.

Screen Shot 2014-09-17 at 7.31.37 AM

Cetakan Skrin dari FlightRadar24.com

Kepada semua cendiakawan yang pandai berkomen tanpa bukti. Pernahkah anda membaca portal Work News Daily Report? Kalau tidak pernah sila ke portal tersebut dan klik pada DISCLAIMER dan anda akan dapat melihat kenyataan ini!

Screen Shot 2014-09-17 at 7.37.40 AM

Siapa yang bodoh dan diperbodohkan? Fikir sejenak apabila mendapat maklumat – maklumat sebegini. Jangan timbulkan sebarang jenis huru – hara dalam negara. Negara kita sudah cukup banyak dengan penfitnah sekarang ditambah pula dengan berita-berita sebegini sudah tentu tidak akan menyenangkan rakyat Malaysia. Fahami emosi kami.

#Tahukah anda bahawa boleh tersebut adalah portal berita palsu yang pernah melaporkan Putera Sultan Selangor telah bertukar ke agama kristian?

Print Friendly

This entry was posted in Mobile and tagged , . Bookmark the permalink.