MIC : 20 daripada 28 calon muktamad

PUTRAJAYA – Calon untuk bertanding di 20 daripada 28 kerusi yang diperuntuk kepada MIC pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telahpun dimuktamadkan, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam.Menteri Sumber Manusia itu berkata perkara itu telah dibincangkan dalam perjumpaan Presiden parti Datuk Seri G. Palanivel dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) minggu lepas.”Baki lapan lagi masih ada isu-isu tertentu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Tabung Wira Negara Lahad Datu di sini hari ini.

Subramaniam bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya.Ditanya sama ada Subramaniam, yang merupakan anggota parlimen Segamat, Johor, akan bertanding di kawasan yang sama, beliau berkata:  “Saya tunggu pengumuman perdana menteri.”Subramaniam sebelum itu menyerahkan sejumlah RM68,005 hasil sumbangan warga kementerian kepada wakil tentera dan polis untuk tabung itu, sebagai menghargai pengorbanan anggota keselamatan dalam usaha mempertahan kedaulatan negara.Beliau berkata kejadian di Lahad Datu juga mengingatkan semua supaya tidak ambil mudah dan sentiasa bersiap sedia bagi memastikan kedaulatan dan keamanan negara dijaga sebaik-baiknya.

“Sebagai rakyat Malaysia, di dalam dan luar negara, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara, dan  kita harap tidak ada pihak yang tidak bertangunggjawab yang menyumbang kepada apa-apa kejadian yang boleh mengancam kedaulatan negara,” katanya.Subramaniam turut menasihati pegawai dan kakitangan kementerian supaya tidak terlibat dalam penyebaran berita palsu berkaitan insiden itu.- Bernama

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.