MIC : Akhirnya keputusan yang bijak diambil.

Palanivel-and-MIC-300x202Akhirnya Presiden MIC dan Ahli Jawatankuasa MIC mengambil keputusan yang bijak dengan membawa ke depan tarikh pemilihan MIC yang dijangka bermula Julai 2013.

Pada pendapat saya, Inilah tindakan yang betul dan yang sepatutnya diambil oleh tampok kepimpinan MIC lebih awal lagi.Tindakan ini dilihat sebagai satu kelemahan Datuk Seri G.Palanivel dalam memacu kepimpinan MIC. Beliau yang sudah biasa dengan “comfort zone” sejak dulu lagi boleh dikatakan masih berjuang untuk membuat sesuatu keputusan dalam parti.

Sebagai darah muda MIC , saya menyambut baik sambutan keputusan CWC semalam kerana barisan Pemuda MIC yang mahu menjejakkan kaki di Cawangan dan Bahagian boleh membuat persediaan yang sepatutnya. Mesyuarat CWC itu juga menggariskan satu perlembangaan baru yang akan dibentangkan tidak lama lagi iaitu menetapkan hanya 2 penggal kepada Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagi saya perlembagaan ini agak menarik kerana suka atau tidak pemegang jawatan presiden hanya boleh memegang jawatan tersebut bagi tempoh dua penggal sahaja. Jadi yang memegang jawatan timbalan presiden boleh bertanding untuk jawatan yang tertinggi parti MIC selepas tempoh 2 penggal. Agak menaik bukan.

Tetapi percaya tahu tidak perlembagaan parti itu boleh dipinda balik dengan undian ahli CWC jika dianggap tidak relevan. Kuasa Veto terletak pada tangan presiden parti MIC yang boleh dilihat sebagai “Godfather” parti MIC. Saya harap agar semua pemimpin yang ingin bertanding akan bertanding secara “sihat” dan tidak membawa sebarang permusuhan dibawa dalam pengundian. Undilah kepada pemimpin yang anda rasa boleh memimpin anda.

Print Friendly

This entry was posted in MIC. Bookmark the permalink.