MIC nak KUKUH & KUAT? Tukar ASASNYA dulu!

Palanivel-and-MIC-300x202

Sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi MIC untuk mengkaji usia ahli MIC untuk memang sesuatu jawatan dan saya cadangkan mula dengan cabang – cabang MIC. Ramai pemimpin yang sudah uzur masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Cabang MIC dan juga di Bahagian. Ini menyebabkan Pemuda MIC yang telah pun melepasi usia kelayakan keahlian Pemuda MIC masih lagi bergantung kepada Pemuda MIC kerana mereka tidak diberikan peluang untuk memimpin bahagian sebabkan pemimpin veteran MIC ini masih mahu memegang jawatan.

Saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka meneliti masalah ini. Wujudkan Kelab veteran untuk golongan ini . Selitkan beberapa perkhidmatan dan faedah kepada mereka jika menyertainya, saya pasti mereka akan berminat untuk menyertai kelab tersebut dengan sukarela. Walaupun mereka sudah berusia tidak bermakna mereka sudah tidak berguna, pengalaman mereka adalah amat berharga, kita tidak mahu pemimpin veteran ini berasa mereka telah diabaikan oleh MIC yang mereka pernah pimpin.

Sudah tiba masanya Pemuda MIC mengambil alih tempat ketua dan AJK dalam bahagian mereka. Tranformasi harus berlaku bagi memastikan organisasi MIC terus utuh dan kekal sebagai organisasi multak masyarakat india. Beri peluang kepada pemuda dan lihat betapa cergas mereka berkerja. Cabaran yang harus mereka tempohi adalah lebih besar berbanding cabaran yang dihadapi sesetengah ketua bahagian. Golong muda perlu menjinakkan diri mereka dalam cabang dan bahagian supaya mereka dapat menarik lagi ramai masyarakat untuk terus menjadi ahli dan penyokong MIC.

Arena politk negara sudah berubah, perperangan politik kini lebih intelektual dan moden. Jika dilihat dalam Konteks Barisan Nasional, Parti Komponen yang lain ternyata lebih kukuh, muda Ahli dan pemimpinnya. Pemimpin yang mampu bersuara, mampu membangkang pembangkang dengan fitnah mereka adalah amat diperlukan dalam MIC. Jika abaikan lagi pembaharuan ini, PRU 14 yang tidak agak lama lagi, MIC akan menerima tamparan yang lebih besar yang saya jangka itulah kejatuhan MIC selama -lamanya. Cukup duduk diam dan perhatikan, kami mahukan AKSI dan TINDAK SECARA SEGERA demi sustain Parti MIC ini.

Saya dengar Presiden MIC Datuk Seri Palanivel mahu melakukan perubahan dan memperkasakan MIC, mampukah beliau melakukan satu perubahan di cabang MIC terlebih dahulu? Perkukuhkan ASAS terlebih dahulu. Macam mana Datuk Seri, Bolehkah?

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, MIC, PRU13 - MIC. Bookmark the permalink.