MIC perlu menampilkan calon yang berkaliber

Kurang dari 2 Bulan Pilihanraya umum ke 13 akan diadakan bagi memilih wakil – wakil rakyat baru yang boleh memberi khidmat mereka kepada rakyat untuk 5 tahun seterusnya. Semua parti – parti komponen berpusu – pusu dalam menyerahkan senarai calon mereka kepada tampok pimpinan parti. MIC pun sudah memberi senarai mereka kepada Barisan Nasional untuk membuat saringan supaya calon itu “fit” untuk bertanding.

MIC_logo

Kepopularan calon tidak penting sama sekali bagi rakyat, mereka hanya mahu seorang wakil rakyat yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka maka calon yang berkaliber, calon yang mampu menyuarakan suara rakyat adalah yang pilihan yang amat bagus. Tidak guna apabila seseorang calon itu sudah tua dan telah lama berada dalam arena politik tetapi tidak membuat apa – apa atau kurang berkhidmat kepada rakyat diberi calonan untuk bertanding. Ini yang rakyat bangkang.

Saya meyahut baik cadangan MIC dalam menampilkan muka – muka baru sebagai calon, memang terdapat ramai pemuda pemudi yang berpendidikan, mempunyai pengetahuan luas dalam isu – isu rakyat, mampu turun kepada rakyat lebih – lebih lagi masih bersama dengan MIC disaat – saat genting. Pemuda – pemudi inilah yang harus diberikan peluang untuk bertanding bagi merampas balik segala kerusi – kerusi yang kita telah hilang pada PRU 13. Mereka inilah yang akan menjadi “Ambassador” MIC yang tahu trend terkini dam mampu menarik minat merekat untuk turut sertai dalam perjuangan parti MIC.

Bagi Wakil Rakyat MIC yang sedia ada, jika mereka sedang memberi perkhidmatan mereka yang terbaik kepada rakyat dikawasan mereka, adalah baik untuk kekalkan mereka dikawasan tersebut. Rakyat pun lebih selesa berjumpa dengan mereka untuk berbincang mengenai masalah mereka. bagi Wakil Rakyat yang tidak berkhidmat dengan baik, jika mereka tua atau pun muda, saya nasihatkan mereka “direhatkan” daripada bertanding PRU nanti.

Misi kita adalah untuk menawan balik kesemua kerusi MIC yang kita telah hilang dalam pilihanraya lepas, penyelesaiannya ialah menampilkan calon baru, muda , berpendidikan , berpengetahuan luas, dan berkaliber. Ia antara ciri – ciri “Winnable Candidate” yang diperlukan rakyat dan diingini oleh Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak

Penulis nampak ramai orang muda dan muka baru yang berkaliber dalam MIC. Antaranya ialah YB.P.Kamalanathan, Tuan T.Mohan, Dato Murugesan dan ramai lagi mempunyai style dan trend tersendiri yang “diminati” oleh pengundi dan rakyat

Transformasi minda adalah amat perlu bagi menyesuaikan diri mengikut keadaan, Transformasi dalam setiap parti juga amat perlu dalam menentukan arah tuju parti bersesuaian dengan kehendak rakyat iaitu penampilan “pemimpin muda”.  Jika kepentingannya diabaikan, “KITA” juga akan diabaikan oleh pengundi satu hari nanti.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, MIC, PRU13. Bookmark the permalink.