MIC tanding 19 DUN, sembilan Parlimen

MIC_logo

KUALA LUMPUR: MIC kekal bertanding di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata kesemua kerusi yang ditandingi pada 2008 dikekalkan cuma terdapat berapa kerusi akan dipertimbangkan bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti. “Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan mendapati prestasi parti lebih baik dan kami yakin dapat membantu BN mendapatkan majoriti dua per tiga,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Khas BN di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Mengulas mengenai senarai calon yang diketengahkan, Palanivel berkata, MIC bakal menggabungkan muka lama dan baru tapi mempunyai pengalaman.“Kebanyakan calon yang disenaraikan semuanya calon sedia ada dan calon baru tapi mempunyai pengalaman luas,” katanya.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.