MIC : YB @PKamalanathan ketuai Jawatankuasa Khas Pendidikan MIC

ROS_3297Timbalan Menteri Pendidikan Ke 2, YB PKamalanathan dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa khas pendidikan MIC. YB P.Kamalanathan dijangka akan mengalas jawatan tersebut bagi menyelesaikan isu Matrikulasi dan pendidikan bagi pihak MIC.

Penulis percaya YB P.Kamalanathan adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik. Dengan mengetuai jawatankuasa khas ini penulis menjangkakan beberapa pelan dan idea baru akan dicetuskan oleh beliau dalam memperbaiki kualiti pendidikan khususnya kualiti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan MIC kerana memilih “orang yang betul” untuk memimpin jawatankuasa ini dan Tahniah kepada YB. P.Kamalanathan. Penulis tahu bukan senang untuk menerajui sesuatu bidang pendidikan, kerana ini melibatkan masa depan semua. Maka segala keputusan yang diambil haruslah diteliti terlebih dahulu sebelum diperkenalkan.

Nampaknya “pemodenan MIC” bermula dengan perlantikan YB P.Kamalanathan. Saya percaya ramai darah muda akan turun menyokong dan membantu YB dalam isu ini. Syabas saya ucapkan.

Print Friendly

This entry was posted in MIC. Bookmark the permalink.