Minit Mesyuarat Bocor : PKR muak dengan Guan Eng

Tengah pagi tadi penulis berbual dengan rakan penulis yang berada di Pulau Pinang. Isu yang hangat kami bual ialah isu bocornya minit mesyuarat PKR Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Dr Mansor Othman. rakan penulis (yang merupakan ahli PKR di Pulau Pinang) mengatakan bahawa PKR Pulau Pinang sudah muak dengan pentadbiran Guan Eng yang seakan mendominasi semua hal ehwal termasuk urusan Parti Keadilan Rakyat.

Bukan sahaja, PKR, malah semua pertubuhan yang ada di Pulau Pinang perlu “memuja” Guan Eng untuk memastikan urusan mereka dapat terlaksana. Bukan itu sahaja, Parti kompenen Pakatan Rakyat seperti PAS juga terpaksa diam mulut kerana takut mereka akan “dihukum” oleh pentadbiran Guan Eng.

Bukan itu sahaja, Guan Eng dikatakan Angkuh kerana kuasa untuk membuat keputusan terletak ditangan beliau memandangkan beliau mempunyai lebih ramai ADUN DAP juga sokongan kaum cina, oleh itu permintaan PKR dilupakan malah tidak dilayan oleh Guan Eng. Guan Eng juga dikatakan bersikap “MAHARAJA” dimana beliau mahu membuat keputusan berkaitan pemilihan calon PKR di Pulau Pinang malah beliau pernah “mengugut” PKR Pulau Pinang untuk tidak memilih calon dari PKR untuk PRU nanti. Katanya beliau boleh lantik mana – mana ketua JKKK atas tiket DAP. Sebijik yang dimaksudkannya ialah “letak BABI BERLOGO DAP” pun mereka boleh menang selesa di Pulau Pinang.

Ini yang menyebabkan Guan Eng dipinggirkan oleh PKR Pulau Pinang. Katanya lagi masalah ini telah dibawa kepengetahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun keadaannya masih sama. Ialah DSAI pentingkan pegangan kuasa bukannya kepentingan ahli sendiri. Jadi PKR Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk memulaukan Guan Eng dan menunjukkan bantahan mereka terhadap pentadbiran MAHARAJA Guan Eng.

persoalan :

Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister
Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera
Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru
Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban
Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera
Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung
Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban
Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri
And John Ooi (the operative)

Ini adalah Senarai Nama yang hadir pada mesyuarat tersebut dan MUNGKIN Kambing Hitam yang bocorkan Minit Mesyuarat ada dalam senarai ini.! Siapa? Siapa? Siapa?

Print Friendly

This entry was posted in DAP, PKR, PRU13, Rakyat. Bookmark the permalink.