Minta MIC Johor dan Exco YB @Vidyananthan bantu Saudari Mani

MIC-LogoPilihanraya sudah tamat, tiba masanya untuk MIC fokus kepada masyarakat india yang memerlukan bantuan. Pagi ini penulis terbaca berita mengenai A. Mani dari Johor , ibu kepada 3 orang anak yang menghidapi penyakit ganjil. Nampak gambar mereka dalam akhbar sudah menunjukkan mereka hidup dalam keadaan yang sengara dan susah. Saya saran MIC johor boleh membantu keluarga ini. Inilah medan perperangan kita sebenarnya. Saya tujukan kes ini kepada MIC Johor & YB Vidya kerana merekalah yang ada berdekatan, lagi bagus jika MIC di peringkat Kebangsaan turun dan menghulurkan bantuan.

Berikut adalah Berita daripada Harian Metro 15 Jun 2013.

“Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.

Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.“Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur,” kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

xpix_gal1.pagespeed.ic.cOLy88nH42


Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Ayuh Kita hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

 

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Kaum India, Kebajikan, MIC. Bookmark the permalink.