MP Putrajaya tuduh salah MIC?

image

Akhbar online Malaysian Insider melaporkan kenyataan maaf MP Putrajaya Datuk Tengku Adnan berkaitan banner thaipusam yang  mempunyai penterjemahan salah dalam bahasa tamil. Akhbar online itu juga turut melaporkan Datuk Tengku Adnan menuding jari kearah MIC Putrajaya untuk kesalahan yang berlaku dalam translation bahasa tamil dalam banner tersebut.

Ingin saya tegaskan dulu, saya tidak tahu apa isi sebenar kenyataan Datuk Tengku Adnan dan tidak pasti samaada benar beliau berkata sedemikian atau pihak media yang memusingkan cerita bagi mewujudkan jurang antara 2 parti komponen BN. MIC adalah sebuah parti yang mewakili komuniti india dan pemimpin yang fasih menulis dan membaca adalah antara yang layak memimpin sesebuah bahagian. Saya percaya dalam hal – hal sebegini barisan pimpinan MIC tidak akan menggunakan google translate untuk penterjemahan lebih-lebih lagi melibatkan banner yang akan digantungkan sekitar kawasan. Jadi tuduhan yang dilemparkan terhadap MIC adalah tidak berasas dan fitnah sepenuhnya. Dalam kenyataannya, beliau dikatakan tiada pada masa itu dan ia dilakukan secara segera.

 Saya percaya ia adalah kesalahan pihak pencetakan. Jika kontrak pencetakan banner bahasa Tamil diberi kepada syarikat pencetakan peniaga india, maka masalah sebegini tidak akan timbul sama sekali. Kalau harapkan google translate, ia memang amat mudah dengan copy and paste penterjemahan tersebut tapi maksud dan ertinya akan ubah tidak sama. Bukan itu sahaja, selepas mencetak banner tersebut,ia patut diperiksa oleh ahli yang sepatutnya sebelum bertindak menggantung ia. Saya sangsi akan kebenaran tuduhan yang dilempar keatas Malaysian Indian Congress (MIC) adalah sewenang – wenang dan lebih kepada ‘ayat untuk melepaskan diri’. Jika benar Datuk Tengku Adnan menyalahkan MIC untuk kesalahan tersebut maka saya rasa tidak adil sama sekali atau jika pihak media yang bertindak pusing cerita maka saya saran agar media tersebut meminta maaf. Sekian.

Artikel ini ditulis berdasarkan berita Malaysia Insider.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, MIC. Bookmark the permalink.