@NajibRazak akan umum Calon Isnin ini @Barisanasional #BetterNation

najib pru13

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) negeri dijangka mengumumkan senarai calon parti komponen masing-masing yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Isnin ini.

Pengumuman calon bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dilakukan Pengerusi BN negeri masing-masing pada satu majlis rasmi yang secara keseluruhannya akan mengetengahkan kira-kira 40 peratus muka baru.
Langkah itu adalah satu lagi pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU-13 apabila tanggungjawab itu diserahkan kepada kepemimpinan BN negeri, selepas Najib yang juga Pengerusi BN memuktamadkan senarai berkenaan.

Sumber memberitahu, pengumuman itu akan dibuat mengikut kesesuaian waktu di negeri masing-masing, termasuk menerima surat watikah pencalonan daripada Pengerusi BN.

Prosedur biasa

Katanya, sebelum majlis pengumuman berlangsung, semua calon kerusi Parlimen dan DUN yang terpilih akan dimaklumkan lebih awal untuk memastikan mereka hadir pada majlis pengumuman itu.

Ini adalah amalan dan prosedur biasa BN ketika mengumumkan senarai calon penuh yang bertanding pada pilihan raya umum, tidak seperti pembangkang yang menggunakan pentas ceramah untuk mengumumkan senarai calon secara berperingkat, katanya.
Ketika ini masih ada beberapa negeri yang senarainya masih di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan dalam sesi perbincangan dengan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri.

Ada senarai calon perlu ditukar

Ini berikutan ada negeri yang senarai calonnya perlu ditukar atas pelbagai faktor bagi menjamin kemenangan BN, sekali gus memastikan parti memperoleh mandat dengan majoriti lebih dua pertiga.

Difahamkan, Perdana Menteri dijangka memanggil beberapa pemimpin BN bagi memuktamadkan senarai calon antaranya, dari Pulau Pinang yang dijangka menemui beliau di Putrajaya, jam 10 pagi ini.

Sumber lain memberitahu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka mengambil senarai calon BN di Putrajaya, pada sebelah pagi Ahad ini sebelum mengumumkan senarai calon selepas makan tengah hari di kediamannya, Seri Bendahara pada hari sama.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa BN akan mengumumkan calonnya pada perhimpunan Najib bersama Pengerusi BN negeri dan pemimpin bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin, namun ia tidak berlaku.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.