@NajibRazak minta maaf

528253_10151548821992552_90131432_n

Kesediaan pemimpin mengakui kesilapan dan memohon maaf daripada rakyat mampu mempamerkan keperibadian yang mulia dan tinggi sahsiahnya.

Bukan mudah untuk manusia, terutama individu atau kumpulan melakukan tindakan seperti itu, walaupun pada pandangan kasarnya begitu mudah. Hanya mereka yang berbudi pekerti mulia saja mampu mempraktikkannya.

Sebagai manusia, kita perlu menjauhkan diri daripada sifat riak, angkuh dan sombong semata-mata untuk menjaga imej, pangkat serta kedudukan. Individu yang bersifat mulia biasanya amat mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-Nya, ditaburi rahmat-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri. (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

Pada prinsipnya, manusia yang sedia meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka walaupun menyedari kesalahan itu dilakukan orang lain dilihat memiliki akhlak yang mulia dan terpuji. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohon maaf.
Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati.

Sebenarnya agak sukar untuk menggambarkan secara jelas maksud sebenar kekayaan dan kemiskinan hati. Seorang penyair Arab menulis mengenai gambaran itu. Katanya: �Kemiskinan sentiasa ada pada hati orang kaya dan kekayaan sentiasa ada pada hati orang miskin. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang mengetahui.

Sambungan : Link – http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Rendah%20Diri%20Mohon%20Maaf%20Tanda%20Miliki%20Kekayaan%20Hati&kategori=12&id=1935

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, Kebajikan, News, PRU13, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.