@nsurendrann “dikantoikan” lagi?

N.Surendran , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sekali lagi dikantoikan oleh pihak MIC akan tuduhanya tidak berasasnya. Dalam tuduhan terbaru Saudara Surendran mengatakan seorang pelajar SPM 2012 diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan biru dan pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Pelajar yang bernama B. Reshina menjadi isu apabila MIC mencabar Surendran yang menuduh terdapat lebih 300,000 kes masyarakat india yang tidak mempunyai pengenalan diri yang tidak diselesaikan oleh MIC menerusi program MyDaftar.

Berbalik kepada tuduh N.Surendran yang mengatakan pelajar tersebut tidak boleh mengambil SPM 2012 dengan menggunakan Kad Pengenalan merah. ShiZone akan bongkarkan penipuan dan kekelentongan dari Parti Keadilan Rakyat tersebut.

lihat printscreen ini.

*sumber printscreen ini diperoleh dari laman web Lembaga Pelajaran Malaysia

Ini adalah sistem pendaftaran online bagi pelajar SPM dan dipercayai calon bernama Reshina itu boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan menggunakan IC merahnya. Tiada mempunyai sebarang masalah dan ia buktikan lagi dengan kenyataan akhbar dilama Pelajar tersebut boleh menduduki Peperiksaan tersebut. Cuba fikirkan bagaimana pelajar tersebut menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR dengan menggunakan Kad Pengenalan Merah tersebut? Jika kedua – dua peperiksaan itu boleh diduduki tanpa sebarang masalah, saya percaya untuk menduduki peperiksaan SPM tidak mustahil juga.

Tuduhan liar dari parti pembangkang sememangnya tidak berasas. Jika saya dan ramai lagi masyarakat India termasuk pemimpin india pembangkang boleh mendapat Kad Pengenalan biru tanpa sebarang masalah mungkin terdapat masalah serius dalam keluarga Reshina dimana ia menjadi kekangan kepada beliau untuk mendapatkan Kad Pengenalan Biru.

Cuba cari dimana kesalahannya dan betulkan ia, tampilkan kedua – dua ibubapa pelajar tersebut dengan maklumat pengenalan diri yang sahih dan juga sijil perkhawinan mereka berserta surat beranak pelajar tersebut yang membuktikan bahawa Reshina benar – benar lahir kepada mereka. Ini cukup untuk membolehkan pelajar tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Tetapi adakah pihak pembangkang sudi bercakap benar? Sebab JPN tidak akan menolak sebarang permohonan sewenang – wenangnya tanpa sebab.

Baca isu ini juga РMelayu tanpa identiti  -> http://www.dhanyaraam.blogspot.com/2012/02/mesti-baca-bukti-melayu-tanpa-identiti.html

pssttttt : Masalah IC/BC kena berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri yang mengisukan atau Ketua Pengarah Pendaftaran bukannya ditempat lain.

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, DAP, Kaum India, Kebajikan, MIC, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PDRM, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor, SPM and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.