Ops Cantas: Anggota Polis Maut Dihentak Batu Oleh Penjenayah

Ops-Cantas-565x375Seorang anggota polis dilaporkan maut selepas dipukul penjenayah ketika bertugas dalam Ops Cantas Khas di Melaka, pagi ini.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan anggota polis itu terbunuh selepas dihentak dengan batu oleh penjenayah yang diburu itu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki sebelum dua daripada mereka ditahan, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam belukar.

Mangsa kemudiannya mengejar suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap sehingga berlaku pergelutan sebelum anggota polis terbabit dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia.

Print Friendly

This entry was posted in News, PDRM. Bookmark the permalink.