Pakatan Rakyat : TOLONG UNDI SAJA, JANGAN BALIK MALAYSIA @xavierjayakumar

PRU 13 semakin hampir, kedua – dua parti besar di Malaysia iaitu Barisan Nasional dan Pakatan rakyat giat melakukan kerja –  kerja persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum nanti. Yang hebatnya BERSIH dan Pakatan rakyat meminta semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi dan tidak melepaskan hak mereka untuk mengundi.

Tetapi apa jawapan Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia yang telah pulang ke tanah air dan meminta bantuan? Inilah jawapan yang diberi oleh Exco Negeri Selangor Dr. Xavier Jayakumar kepada Encik Subramaniam Batumalai, seorang jurutera yang telah pulang ke Malaysia.

xavier

Inilah sikap sebenar Pakatan Rakyat kepada semua rakyat. Mereka hanya mementingkan undi anda dan bukannya kebajikan anda. Slogan  mereka hanya demi gimik politik Pakatan Rakyat. Perhatian apa yang dikata oleh DR. Xavier

” He (Subramaniam Batumalai) felt the Government should provide loans to those who return from overseas to work in Malaysia and I DISAGREED with him”

Manakala Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional pula ikhlas dalam membawa balik rakyat Malaysia untuk pulang ke Tanah Air dan memberi mereka bantuan untuk menaikkan taraf sekaligus menyumbang idea dan sumbangan mereka dalam membangunkan Malaysia. Lihatlah sendiri melalui Talent Corp Malaysia :

talent

Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan yang diberi oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu mereka yang telah pulang ke Malaysia. Jadi Siapa yang benar – benar berkhidmat untuk rakyat? Siapa yang benar – benar mengambil insiatif dalam membangunkan rakyat? Pihak Pakatan Rakyat yang kepoh bawa mereka yang layak membela nasib rakyat hanyalah kata semata – mata.

Jika Jurutera Malaysia pun boleh dimarahi dan diabaikan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat apatah pula rakyat malaysia yang biasa?

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, Kaum India, Kebajikan, Pakatan Rakyat, PRU13, Selangor. Bookmark the permalink.