PANAS | Hari Raya jadi mainan politik PR. @Khalid_Ibrahim lancar BAS PR

Selamat Hari Raya penulis ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat dengan hati yang ikhlas dan jujur. Namun disaat warga muslim menyambut  Aidilfitri, Pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mempolitikkan waktu perayaan untuk kepentingan Pakatan Rakyat.

Khalid Ibrahim melancarkan BAS Pakatan Rakyat yang dicatkan dengan perkataan “Salam Aidilfitri” yang akan digunakan untuk tujuan publisiti dan promosi Pakatan Rakyat. Bas persiaran ini ditaja oleh Menteri Besar Selangor sendiri, Bas ini akan digunakan oleh pemimpin pakatan rakyat berkempen dan akan dibawa ke seluruh pelusuk negara. Apakah bas ini penting?

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menyewa bas ini untuk 6 bulan. Penulis hairan apabila Menteri Besar boleh mengeluarkan duit poket sendiri untuk menanggung kos sewaan bas ini tapi tidak boleh membantu rakyat selangor yang susah akibat pentadbiran kerajaan negeri yang lemah.

Persoalannya, untuk Pakatan Rakyat MB Khalid sanggup menggunakan duit poket, sanggupkah beliau mengeluarkan duit poket beliau untuk menangani isu sampah di selangoor yang masih belum diselesaikan?

pssssst: Bas free untuk pemimpin pakatan rakyat? baguslah tak yah Al-Juburi pergi Thailand/China lepas ini.

Print Friendly

This entry was posted in Pakatan Rakyat, PRU13, Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.