PANAS | Kronologi Penahanan Rafizi

Pagi tadi Rafizi ditahan oleh Pihak polis dan didakwa atas tuduhan membocorkan maklumat perbankan kepada umum tanpa pengetahuan pihak bank yang dikaitkan dengan akaun NFC. Sehubungan dengan penahanan Rafizi dan rakannya Johari, penyokong Pakatan Rakyat beserta dengan pemimpin Pakatan rakyat mengecam tindakan tersebut sebagai satu usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk mendiamkan rafizi.

 

Isu NFC dibongkarkan oleh Rafizi pada 24 Okotober 2011 dan isu NFC menjadi isu nasional sehinggakan MACC masuk menyiasat dan Pengerusi NFC didakwa di Mahkhamah atas tuduhan pecah amanah. Sudah 10 Bulan berlalu, apakah kepentingan penahanan dan tindakan undang – undang terhadap rafizi kepada Barisan Nasional?. Kenapa Barisan Nasional disalahkan sedangkan pemberi maklumat kepada pihak berkuasa adalah dari pihak keadilan sendiri? “Damages” telah pun berlaku disebabkan NFC tetapi apakah keuntungan kepada Barisan Nasional dengan tertangkapnya rafizi selepas 10 bulan? Tak masuk akal langsung.

Indentiti Johari, Pegawai Bank tersebut disimpan secara rahsia oleh saudara Rafizi kerana Rafizi arif jika beliau tertangkap maka semua maklumat dan masa depan pegawai itu akan terjejas. Saya percaya tiada satu cybertroopers Barisan Nasional malah pemimpin Barisan Nasional tahu yang Joharilah yang memberi maklumat kepada Rafizi. Satu silap yang Rafizi telah lakukan ialah memberitahui rakan separtinya siapa sumber menyalurkan maklumat NFC.

Segalanya bermula beberapa bulan lalu Rafizi mempunyai isu dengan ahli PKR sendiri sehingga menyebabkan perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Esekutif Selangor. Beliau dilihat sebagai duri dalam daging yang semakin memakan semua peluang ahli PKR untuk “Naik”  dari segi ranking parti. Bukan itu sahaja, sokongan padunya terhadap kepimpinan Azmin Ali amat tinggi menyebabkan dia disisihkan dalam Kepimpinan Selangor. Apabila Rafizi dikenakan oleh orang PKR sendiri dari Selangor, Kerajaan Selangor tampil hadapan dengan kenyataan akhbar bahawa mereka telah menubuhkan satu dana Khas bagi menampung kos guaman Rafizi, bagaikan menutup lubang tahi yang mereka telah buat terhadap Rafizi. Maka mulalah drama menyalahkan Barisan Nasional dan sekaligus usaha untuk menamatkan karier politik Rafizi diteruskan habis – habisan. Kesian Rafizi dimakan kawan sendiri.

Dalam isu skandal sex Azmin Ali, ini respon Menteri Besar Selangor :

Apakah Menteri Besar selangor yang mengkenakan Azmin Ali bakal menolong penyokong kuat Azmin Ali, Saudara Rafizi?

psstttt : Rafizi sedarlah kamu “dimakan” kawan dari parti PKR sendiri, jika tidak maklumat penyalur maklumat kenyataan akaun NFC tidak akan tertangkap!

Print Friendly

This entry was posted in Lain - lain, Mobile, Pakatan Rakyat, PKR, PRU13, Selangor. Bookmark the permalink.