PAS dan PKR benci CINA?

Wakil rakyat dari parti Penipu Rakyat versi selangor suka sangat menunjukkan sikap kebencianya terhadap Parti sekutu mereka yang majoritynya cina iaitu Parti DAP. Pernah saya poskan artikel beberapa bulan lepas,dimana logo DAP tiada dalam surat khabar Edisi Shah Alam keluaran YB Khalid dan ada beberapa pihak dari PAS dan DAP mengatakan mungkin ia kesilapan teknikal semasa mencetak.


(klik untuk besarkan gambar)

TETAPI ada ahli DAP berkongsi keluhan mereka kerana mereka sering kali dipinggirkan dalam majlis- majlis anjuran PKR dan PAS! Kenapa? Undi kaum cina dari DAP yang manis ketika dulu kini pahit?

Terbaru, ini gambar banner yang saya sempat rakam pagi tadi dikawasan Shah Alam.Individu sama dengan isu yang sama. LOGO DAP dipinggirkan sekali lagi dari Banner Majlis Anjuran Ahli Parlimen Batu Tiga Yb Khalid Samad dan Adun Kota Anggerik YB Yaakob.

Jadi apa penjelasan yang ingin diberikan oleh kedua – dua YB ini kepada Parti yang majoritynya cina? Mungkinkah DAP dibenci kerana isu gereja DUMC sampaikan DAP dipulau menyertai sebarang jenis majlis anjuran PAS dan PKR?. Mana Teresa Kok yang hebat mulutnya bila mengutuk Barisan Nasional?. Kalau sebuah Parti yang majoritynya Cina, tambahan lagi rakan sekutunya Pakatan Rakyat boleh diabaikan oleh Ahli Parlimen PAS dan Adun PKR, apatah lagi nasib kaum cina dibawah pemerintahan kerajaan negeri yang boleh dikatakan “racist”?

Kata PAKATAN rupanya SEPAKAT nak makan undi dan pinggirkan Parti sekutu mereka yang majoritynya cina,juga akan memberi kesan pada penghuni selangor yang berkaum Cina. Fikir- Fikirkan

Print Friendly

This entry was posted in DAP, Pakatan Rakyat and tagged , , . Bookmark the permalink.