Pemansuhan Sekolah Vernakular : Alasan cetek dan tidak berasas

Saya difahamkan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad meminta Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan SJKC dan SJKT pada Perhimpunan Agung Umno, November ini. Mohamad Azli mendakwa sistem sekolah vernakular dijadikan alat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan anti kerajaan. Bagi saya alasan yang diberi tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Saya bukan dari sekolah Vernakular SJK(T), saya belajar di Sekolah Kebangsaan namun sanubari saya akan tetap memperjuangkan kewujudan sekolah vernakular di Malaysia. Itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan telah berjanji bahawa sekolah Vernakular akan terus kekal. Cuma saya rasa ada pihak yang tidak tahu punca sebenar bukannya dari Sekolah Vernakular tetapi disebabkan pemikiran ketot dan cetak yang dimiliki oleh pemimpin – pemimpin.

SJKT KKBAnehnya komen sedemikian diberikan oleh pemimpin yang bukannya datang dari Sekolah Vernakular SJKT atau SJKC. Saya pohon agar pemimpin – pemimpin yang terbabit tolong turun padang cuba selidik berapa anak melayu yang sedang belajar di SJK(T) dan SJK(C), Berapa anak cina yang yang sedang belajar di SJK(T) dan berapa anak tamil yang belajar di SJK(C)?.Itu baru semangat kebangsaan dan 1 Malaysia.

Jika kefasihan bertutur dan menulis bahasa melayu menjadi alasan, peratusan kelulusan bahasa melayu di sekolah SJKT adalah lebih tinggi dan hampir kesemua pelajar india yang yang tamat darjah enam mampu bertutur dan berkomunikasi dengan rakan – rakan yang berlainan bangsa di tingkatan 1. Hanya segelintir murid yang mempunyai masalah pemahaman dan mempunyai sindrom seperti Mild Disleksia. Semua guru – guru tahu akan sindrom ini dan murid ini terus diberi pendidikan yangs sewajarnya. Maka alasan kefasihan bertutur tidak boleh diterima.

SJKC-Wan-Hwa-students-vernakular

Jika masih adalah lagi pemimpin yang mahukan sekolah satu arus atau yang dinamakan sebagai sekolah wawasan, saya akan kata boleh tapi dengan syarat ia tidak seharusnya berhenti disekolah vernakular tetapi sampai ke pengajian tinggi dimana penyeragaman dan penyatuan kesemua pelajar ini termasuk sekolah petang, IPTA,IPTS dan UITM. Seragamkan semua sektor pendidikan yang tidak berbelah bagi. Boleh? Baru ada kesaksamaan yang ketimbangan yang sama dalam isu ini.

Yang perlu dimantapkan ialah kualiti pendidikan menengah kerana hampir kesemua murid yang tamat darjah 6 akan masuk ketingkatan 1 dimana mereka akan mula bergabung dengan pelajar – pelajar lain. Kebanyakkan pelajar menjadi matang pemikiran di sekolah menengah, mereka mula mengambil keputusan keputusan yang penting dalam usia ini. Maka disinilah kita perlu memantapkan sifat kemasyarakatan dan semangat perpaduan. Jika semua pemimpin – pemimpin dan ketua komuniti masyarat gagal mengaturkan program- program perpaduan untuk sekolah – sekolah ini maka memanglah akan wujudlah masalah keretakan perpaduan. Ingat, ini bukan beban guru sahaja tetapi kepimpinan tempatan juga harus memainkan peranan mereka daripada duduk dan komen.

Nasihat saya jangan cari alasan yang remeh untuk menutup sekolah vernakular, Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Dato Sri Najib telah memperuntukan dan membelanjakan Rm540 juta untuk pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru untuk kebanyakkan SJK(T) Malaysia. Bukan itu sahaja Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga telah melakar garis paduan untuk kejayaan sekolah Vernakular. Yang pasti Sekolah Vernakular akan terus berkekalan.

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.