Pemuda MIC : Percaturan politik G.Palanivel

Screen Shot 2013-11-26 at 10.24.21 PMKeputusan Pemilihan Pemuda MIC yang dijalankan pada 16 November 2013 yang lepas telah digantung buat sementara waktu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung MIC, Sakthivel petang tadi. Sememangnya berita itu amat mengejutkan semua pihak terutama kepada barisan kepimpinan Pemuda MIC yang baru dipilih oleh perwakilan. Lebih – lebih lagi ia diumumkan 3 hari sebelum pemilihan MIC peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada hari Sabtu  ini.

Pelik bin ajaib apabila mendengar alasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung MIC Tuan Saktivel. Menurut akhbar FreeMalaysiaToday , seramai 7 orang perwakilan pemuda yang telah bankrap didakwa mengundi dan juga dituduh satu undi hantu dimana undi milik seorang perwakilan yang berada diluar negara telah diundi pada hari tersebut.

Saya dijemput sebagai seorang pemerhati pada hari pemilihan tersebut dan saya dapatiIMG_00000549 proses pemilihan tersebut dijalankan dalam keadaan profesional. Ini kerana Jawatankuasa Pemilihan Pemuda MIC yang bertugas pada hari tersebut adalah diketuai oleh Setiausaha Agung MIC Saktivel dan bekas Ketua Pemuda MIC Dato Rajagopal serta dibantu oleh kakitangan pejabat MIC. Semua perwakilan Pemuda MIC tahu bahawa V.Mugilan adalah calon pilihan Datuk Seri G. Palanivel manakala Saudara Sivarraajh pula dilihat sebagai mewakili kumpulan Datuk T.Mohan.

Persoalan saya:

Berkenaan Tuduhan Pertama: 7 Perwakilan bankrap membuang undi.

Tugas Jawatankuasa Pemilihan Pemuda MIC bukan sahaja menyediakan peti dan kertas undi tetapi harus meneliti status kesemua senarai perwakilan yang diberikan kepada mereka untuk memastikan bahawa perwakilan pemuda tersebut layak untuk membuang undi dalam pemilihan pemuda MIC. Apakah yang telah ahli Jawatankuasa Pemilihan Pemuda MIC lakukan sehingga wujudnya  perwakilan sebegini? Bukankah ini salah pihak ahli jawatankuasa pemilihan yang dipimpin oleh Setiausaha Agung MIC sendiri?

Tuduhan Kedua: Undi Hantu

Apakah hanya satu undi hantu yang dibuang pada pemilihan tersebut? Kelakar bukan. Ramai yang tidak hadir pada hari pengundian tersebut. Kalau dikatakan ingin membuang undi hantu, semua undi perwakilan yang tidak hadir boleh digunakan sebagai undi hantu untuk memenangkan mana – mana pihak. Lagipun Kertas undi itu hanya akan dikeluarkan oleh Pegawai pemilihan dibawah pengawasan Jawatankuasa Pemilihan Pemuda MIC yang dipimpin oleh Setiausaha Agung MIC dan Penyelaras Pemilihan Pemuda MIC, Dato Rajagopal.

Proses penyerahan Kertas Undi

994643_538851742875433_382222171_nMC akan memanggil nama perwakilan mengikut bahagian, semua perwakilan yang telah dipanggil namanya akan beratur dengan kad pengenalan masing – masing. Perwakilan harus menyerahkan Kad Pengenalan mereka bagi tujuan pengesahan dimana nama mereka akan dipotong dan kertas undi akan diserahkan pada tangan mereka. Mereka akan pangkah dan memasukan kertas undi mereka dalam kotak yang disediakan.

Jadi macam  mana kertas undi hantu boleh dikeluarkan tanpa adanya kad pengenalan perwakilan? Bagaimana boleh ada laporan wujudnya undi hantu dimana senarai perwakilan yang telah membuang undi seharusnya rahsia atau hal itu telah dibongkarkan oleh salah seorang pegawai pemilihan pemuda MIC?

Atau ada pegawai yang telah “sabotaj” dengan membuang undi bagi perwakilan yang tidak hadir semata – mata untuk membolehkan pemanipulasian dimana ia boleh menjurus kepada keputusan Pemilihan Pemuda MIC digantung. Peluang untuk berlaku adalah amat tinggi.

Saya percaya penanguhkan keputusan pemilihan Pemuda MIC ini adalah berunsur politik dalaman atau nak dikatakan secara terang benderang Datuk Seri G.Palanivel mula goyah apabila Sivaraajh dan Pasukan Sivarraajh menang besar.

Ini kerana Datuk Seri G. Palanivel dikatakan cuba mensabotaj pemilihan pemuda MIC supaya berpihak kepada V.Mugilan. Kini dengan kemenangan saudara Sivaraajh dan Pasukannya , sebanyak 38 undi perwakilan yang dimiliki oleh Pemuda MIC tidak akan jatuh kepada Calon – calon yang direstui oleh Datuk Seri G.Palanivel.

Bukan itu sahaja, kehilangan 38 undi Pemuda MIC akan menjejaskan sedikitt-mohan kedudukan T.Mohan, calon Naib Presiden kerana beliau merupakan Bekas Ketua Pemuda MIC. Datuk T. Mohan dikatakan pesaing sengit bagi Calon Pilihan Datuk Seri G.Palanivel, jadi penangguhan keputusan ini boleh menyebabkan Datuk. T.Mohan kehilangan 38 undi yang mungkin menjadi penentu kemenangkan beliau.

TINDAKAN WAJAR YANG PERLU DIAMBIL OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI MIC IALAH SAMAADA MEMBENARKAN KESEMUA 38 PERWAKILAN PEMUDA MIC INI UNTUK MENGUNDI PADA SABTU INI ATAU MENUNDA PEMILIHAN MIC NASIONAL KE SATU TARIKH YANG LAIN SUPAYA MASALAH INI DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. INGAT PERWAKILAN PEMUDA MIC ADALAH PENTING KERANA MEREKA YANG AKAN MENGAMBIL-ALIH TAMPOK PENTADBIRAN PARTI. UNDI MEREKA PENTING DAN TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MIC. MAKA TANPA UNDI MEREKA, AGM MIC NASIONAL TIDAK SEHARUSNYA DIJALANKAN.

Punca segala kekeliruan, Datuk Seri G. Palanivel sudah goyah!

Sekian Terima Kasih.

Print Friendly

This entry was posted in MIC. Bookmark the permalink.