Pendaki gunung Everest : Emosi Vs Rasional

Bodoh dan Buta akal. Ayat yang sesuai untuk mengambarkan sesetengah page facebook yang gemar menyebarkan auta tanpa menyelidik penuh. Antara page tersebut ialah:

Screen Shot 2014-07-21 at 1.01.32 PM Screen Shot 2014-07-21 at 1.02.38 PM

Nak dikatakan bodoh tidak tapi nampak gayanya macam itu lah. Saya nak komen pasal satu gambar yang sedang disebarkan oleh beberapa kekawan online yang suka kongsi segala yang mereka nampak tanpa cuba untuk mendapatkan fakta. Jadi saya ungkai sedikit sebanyak yang saya tahu.

Fakta 1: Betul, apa yang dimaksudkan dalam artikel iaitu 2 pendaki termuda di Asia Tenggara. Artikel itu TIDAK menyebut mereka ialah pendaki gunung everest yang pertama dari Malaysia.

Fakta 2: Mana kulit buku (cover page) berkenaan? Takkan sekadar kongsi satu bahagian dan terus melibatkan kerajaan dan kementerian pendidikan.

Fakta 3: Itu bukan buku teks sekolah tetapi nampak sebagai buku kerja yang dijual di kedai – kedai buku untuk penambahan ilmu atau latihan tambahan. 

Fakta 4: Jangan sentiasa meneliti isu secara emosi, rasional sikit. Saya tengok pun sudah tahu bahawa ia bukanlah buku teks sejarah yang digunapakai disekolah. Nak auta pakai akal sikit.

Yang paling bestnya, bila keluar gambar – gambar sebegini, akan ada segelintir manusia yang dikatakan bertamandun mula mengutuk mengaitkan kerajaan dan menyalahkan semua orang lain melainkan diri mereka. Padahal kotoran di badan mereka disembunyikan.

Nasihat saya kepada mereka, cerminkan diri anda dulu, jinakan diri dalam mencari fakta sepenuhnya. jangan duduk dan asyik mengutuk. Sekian.

 

Print Friendly

This entry was posted in Kaum India, News. Bookmark the permalink.