Pendapat : Pemilihan MIC,”Cili padi” kepada semua pemimpin MIC.

Artikel ini akan menjadi cili padi kepada beberapa pemimpin tertinggi MIC,maaf sememangnya kesahihan tidak boleh diubah. Juga saya ingin tegaskan bahawa artikel ini adalah 100% pendapat penulis dan tidak mewakili sesiapa dan mana – mana organisasi. Harap Maklum

MIC-LogoPenulis dan beberapa rakan penulis seperti saudara Dhanyaraam.blogspot.com dan saudara Dr.Thina (PrinceofPilah.blogspot.com) pernah berkongsi dan juga mengkritik beberapa tatacara pengendalian parti MIC. Bukan untuk menjatuhkan nama MIC tetapi untuk menambahbaik sistem MIC yang bagaikan lembab mencapai objektifnya. Beberapa artikel yang kami tulis pernah “mencucuk” mata pemimpin sehinggakan panggil dibuat untuk menanya sebab kenapa kami menulis artikel sedemikian. Tetapi kami tidak pernah gusar untuk terus menulis demi memberi pandangan dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh mereka. Ada yang mendengar , ada yang tidak, kepada yang mendengar kami akan justifikasikan pendapat kami, kepada yang tidak kami hanya mampu berharap agar satu hari nanti mereka faham perjuangan “budak – budak hingusan” seperti kami. Demi MIC yang lebih kuat dan vokal dalam menyuarakan pandang mansyarakat india.

Tujuan saya menulis artikel ini kerana beberapa rakan media sosial yang tidak bermuka bertanya pandangan saya mengenai penundaan pemilihan MIC ke tahun depan. Ini kerana pemilihan itu sudah lewat setahun bagi memberi laluan kepada PRU13 pada mei lepas, selepas pilihanraya umum pula, Presiden Parti MIC Datuk Seri G. Palanivel dengan sokongan CWC menunda pemilihannya ke tahun depan. Ini sesuatu yang tidak memuaskan hati beberapa pemimpin MIC sehingga ada yang membuat laporan kepada ROS dan ada yang bercanggah pendapat sesama pemimpin dalam MIC.

Screen Shot 2013-06-14 at 5.36.12 PM

Jadi apa pendapat penulis?

Pada pendapat saya, Pemilihan MIC tidak sepatutnya dtunda ke tahun depan iaitu lebih kurang dalam masa 6 bulan lagi. Ini kerana MIC telah pun menunda sekali dari tahun lepas ke tahun ini, oleh itu sebolehnya MIC harus memulakan proses pemilihan dari peringkat cawangan. Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel bersama ahli CWC telah menunda pilihanraya parti dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada masyarakat india dan memperkasakan parti MIC. Soalan saya? Sejauhmanakah tumpuan boleh diberi kepada masyarakat india dan pada masa yang sama untuk memperkasakan MIC dalam masa 6 bulan? Saya tidak nampak sebarang jenis korelasi antara penangguhan pemilihan MIC dan tumpukan masyarakat india dengan memperkasakan MIC.

Sebagai penyokong tegar MIC juga mewakili darah muda, saya akan terima keputusan penangguhan pemilihan MIC dengan syarat :

  • Tidak membuka cawangan atau bahagian baru sehingga tamat pemilihan parti MIC (Ini kerana jika ada cawangan/bahagian baru dibuka dalam tempoh ini, banyak undi baru akan dibawa masuk untuk mendapatkan majoriti)

 

  • Ahli yang sudah digantung,dibuang atau baru kembali ke parti MIC tidak seharusnya diberikan kelayakan mengundi dalam pemilihan kali ini.

 

  • Ketua bahagian yang tidak membayar duit keahlian tahunan sebelum 60 hari dari tarikh pemilihan MIC tidak seharusnya memberi pencalonan mahupun mengundi. (tiada pelepasan khas & rayuan)

Jika langkah – langkah ini diambil saya percaya kredibiliti MIC dan pemimpinya akan lebih terserlah. Dan saya amat mengalu – alukan pertandingan bagi semua jawatan dalam MIC termasuk jawatan Presiden MIC. Dengan adanya pertandingan, ianya lebih demokrasi dan membolehkan perwakilan memilih pemimpin yang lantang bersuara demi mereka dan juga kepada masyarakat india.

Saya tidak tahu apa yang bakal dibincangkan dalam mesyuarakat CWC tergempar yang akan diadakan pada Selasa depan, namun saya harapkan bahawa satu keputusan yang bijak dan tidak berpihak kepada mana mana pihak akan diambil. Satu soalan yang harus ditanya dalam setiap hati pemimpin MIC. Apakah mereka mahu MIC terus membela masyarakat india dengan komitednya yang tidak berbelah bagi? Jika YA, bergerak dan berusahalah kearahnya, kepada yang rasa tidak dan hanya mementingkan jawatan dan kuasa, kuasa perwakilan akan menunjukkan jalan keluar  mereka dari parti MIC.

Saya harap jawapan yang saya beri memuaskan hati kepada mereka yang bertanya kepada saya. Jika ada pemimpin MIC yang baca artikel ini, maaf kalau beberapa perkataan,ayat mahupun artikel ini melukai hati anda dan cuba terima ini sebagai pandangan seorang penyokong kuat MIC. Satu jaminan yang kami ini berikan kepada pemimpin MIC, walaupun kami mengkritik MIC, hati dan jiwa kami masih sayangkan MIC. Akan kami teruskan perjuangan yang dimulakan pemimpin terawal juga pemimpin sekarang.

Percaya kepada Kami,berikan peluang kepada kami untuk mengemudi.

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, MIC. Bookmark the permalink.