Pendapat Penulis : @JoKukathas perlu sedar “Audience-nya ” bukan warga Malaysia

Setiap individu mempunyai pendapat dan luahan hati masing – masing dan mereka berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam apa jua cara pun. Asalkan ia tidak melebihi batasan dan mendatangkan masalah kepada orang lain. Jo Kukathas pun tidak kurang hebatnya yang lantang menyuarakan pandangan beliau melalui sketsa komedinya, namun saya rasa beliau perlu peka dan fahami jenis “Audience”-nya sebelum beraksi.

Ya, Malaysia ialah negara kita dan ia mempunyai masalah khususnya diantara kita dan parti politik di Malaysia. Itu sahaja masalah kita dan ia boleh dan harus diselesaikan antara kita. Bukan memalukan Kita dan negara kita kepada pelawat – pelawat dari luar negara. Ini yang penulis bangkang.

Pada 20 November lalu, penulis menghadiri Majlis Gala Night yang dianjurkan oleh BeaconHouse International, iaitu satu majlis diantara pendidik yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Persidangan Kemuncak “School of Tomorrow”. Jo Kukathas dijemput sebagai penghibur yang juga acara terakhir dalam majlis makan malam tersebut.

Jo Kukathas memulakan acaranya dengan kawasan Sentul, melabelkan ia sebagai kawasan “PANAS” dimana penduduk di sana akan merompak bank daripada menabung, bagaimana dia tidak belajar sewaktu zaman persekolahannya, bagaimana dia menyindir gurunya. Bukan itu sahaja, dia juga menanyakan asal – usul Melayu yang tiada negara, menggelarkan Komuniti cina sebagai mata sepet, dan orang india sebagai komuniti yang sensitif dan suka minum racun. Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan Malaysia tidak mempunyai “hair spray” yang secukupnya kerana Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah menggunakannya. Lagi satu isu yang dihebohkan ialah, isu liwat Dato Sri Anwar Ibrahim dimana Malaysia suka hebohkan isu liwat manakala Dr Chua pula boleh jadi Presiden MCA. Akhir Sekali, Jo Kukathas berkata tradisi india adalah kepercayaan karut dimana seorang gadis yang mempunyai Dhosam (masalah horoscope) perlu berkhawin dengan batang pokok pisang dulu sebelum mengahwini lelaki lain.

Tradisi ini memang diamalkan turun temurun bagi sesiapa yang mempunyai masalah Horoscope dan terdapat bukti dimana pasangan yang engkar dengan tradisi ini, salah satu di antara mereka akan meninggal dunia. Kalau sesiapa nak pastikan kesahihan ini, bolehlah anda merujuk kepada Iyer di Kuil hindu.

Para hadirin di majlis ini yang kebanyakkan rakyat malaysia tidak berpuas hati dengan kenyataan jo yang saya percaya mengguris hati delegasi pendidik dari Malaysia. Malah saya sendiri terguris dengan gurauan dia yang agak keterlaluan dan tidak kena pada tempat. Lebih memalukan ialah, CEO Beaconhouse, Mr.Kasim Kasuri juga mengatakan beliau sedikit susah hati dengan lawak Jo dalam ucapan penutupannya pada keesokan harinya.

Nasihat saya, Jo Kukathas berhak untuk bergurau senda mengenai Malaysia, Komuniti dan Pemimpin tapi ia sepatutnya kena pada tempatnya. Jika Jo berbuat demikian dalam majlis yang dihadiri oleh semua warga malaysia ini tidak menjadi isu tetapi cuba bayangkan kesemua ini diaksikan hadapan delegasi luar negara lagi lagi dihadapan golongan pendidik dari seluruh dunia. Apa yang mereka akan terfikir dengan negara kita? Bukankah ia bagaikan ludah dimuka kita sendiri?

Saya rasa Jo perlu peka mengetahui golongan “Audience”-nya dulu sebelum acaranya. Jika Audience-nya bukan warga negara malaysia, maka gurauanya atau konteksnya perlulah meyanjungi Malaysia. Kita mahu pelawat berasa bangga dengan negara kita. Persidangan itu mengenai School of Tomorrow dan bukannya politik, Masalah dalaman negara, kita selesaikan antara kita, bukan dijadikan gurauan. Jo juga perlu ingat beliau dibayar oleh Syarikat Malaysia, yang dimana hampir 60% sekolahnya diajar oleh guru berbangsa india untuk menghiburkan para hadirin yang juga terdiri daripada rakyat malaysia. Bukan semua orang akan mengambil gurauan anda sebagai gurau, ayat perlu dijaga bagi memastikan kesinambungan kemuafakatan antara pelbagai kaum disini dapat diimbangi. Kita bukan Amerika atau Singapura.

Harap Jo kukathas faham luahan hati penulis dan terima kritikan dengan hati yang terbuka.

“If life makes you Bitch, you become a bigger bitch” – Jo Kukathas, Gala Night, Beaconhouse International, School of tomorrow conference 2012

Apakah ayat ini sesuai digunakan dalam majlis makan malam pendidik antarabangsa? Yeeeaaaahhhhhhh

Print Friendly

This entry was posted in Lain - lain, Selangor. Bookmark the permalink.