Pengundi SERBU Pejabat YB Subang Jaya

Terima kasih kepada blogger Prince of Pilah membawa isu ini. YB Hannah Yeoh telah block penulis dan beberapa kawan penulis oleh itu mendapat update dari mereka adalah mustahil. Cetak skrin twitter Hannah Yeoh membuktikan Puak Pakatan makin tenggelam dalam lautan 1 Malaysia. Setiap pelan dan bantuan kerajaan agih untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah khususnya pada mereka yang bergaji bawah RM3000. Terkini Pejabat Khidmat Adum Subang Jaya Hannah Yeoh dibanjiri pengundi / rakyat yang berpendapatan rendah bagi memperolehi maklumat mengenai SKIM Sara 1 Malaysia.

Penulis bangga setiap bantuan yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia telah menjana NAMBIKKAI (kepercayaan) akan Kerajaan Malaysia dibawah Transformasi Negara. Penulis juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat membantu kerajaan Malaysia dalam menyampaikan amanat yang diturunkan oleh PM. TERIMA KASIH

Akan tetapi gelagat YB Hannah Yeoh meminta PM Najib Razak untuk memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN adalah sesuatu yang amat melucukan. YB Hannah, PM telah umumkan SARA 1 Malaysia beberapa minggu yang lalu dan beliau telah memberitahu bahawa ia akan dilaksanakan dibawah PNB.

Maka adalah tugas YB untuk mendapat maklumat terlebih dahulu sebelum hari perlaksanaan SARA 1 Malaysia. Penulis berasa malu apabila YB Hannah kata beliau tidak mempunyai maklumat akan SARA 1 Malaysia sedangkan semua maklumat mengenai SKIM tersebut boleh didapati di lawan sesawang www.sara1malaysia.com.my. Bagaimana seorang YB Pakatan yang aktif tidak tahu akan kewujudan lawan sesawang ini? Mimpi?

Kalau masih tak dapat maklumat mengenai skim SARA 1 Malaysia, boleh cari kat blog ShiZone.Com. hehehe

pssssttt : Baguslah Rakyat dah mula serbu Pejabat Pembangkang minta MP/ADUN pakatan terangkan maklumat mengenai program / skim dibawah Kerajaan Malaysia. Teruskan Sokongan anda terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Belanjawan 2012, DAP, Kaum India, News, Pakatan Rakyat, Selangor and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.