Penyatuan MIC dengan PPP,IPF dan Makkal Sakti MUSTAHIL!

Palanivel-and-MIC-300x202

 

President MIC Datuk Seri G.Palanivel telah menyatakan bahawa MIC akan berbincang dengan parti komponen india yang lain seperti PPP, IPF dan Makkal Sakti bagi membentuk satu kumpulan yang besar dan membawa sokongan padu masyarakat india kepada Barisan Nasional.

Pada pendapat saya, cadangan ini perlu dikaji secara teliti sebelum perbincangan diadakan. Kerana parti politik masing – masing mempunyai visi dan misi yang berlainan dan apabila meminta mereka membubarkan parti mereka masing – masing dan menyertai Parti MIC akan membuatkan mereka kehilangan kuasa malah akan terbenam dalam penguasaan CWC yang majoritynya ahli MIC. Apakah Parti komponen itu akan setuju jika sedemikian berlaku?

Saya AMAT PASTI Parti PPP tidak akan sama sekali bergabung dengan MIC. Ini kerana ahli mereka adalah terdiri daripada pelbagai kaum, Jadi apakah nasib ahli berbangsa melayu, cina dan lain – lain, jika presiden dan ahli berbangsa india menyertai MIC? Jadi saya menjangkakan bahawa PPP akan menolak tawaran pengabungan MIC.

Bagi IPF dan Parti Makkal Sakti, pengabungan dengan MIC hanya akan menambahkan ahli MIC, efisien atau tidak itu satu soalan yang masih diragui. Saya juga percaya cadangan ini akan membuat mantan presiden MIC Dato Sri S.Samy Vellu marah terhadap Datuk Seri Palanivel kerana selama bertahun IPF yang ditubuhkan oleh Tan Sri Pandithan dikekang olehnya untuk menyertai Barisan Nasional sebagai satu parti komponen. Jadi saya beranggapan ini akan menguatkan lagi usaha Dato Sri Samy Vellu untuk menjatuhkan Datuk Seri Palanivel dalam pemilihan Presiden Parti MIC nanti.

Penggabungan antara parti – parti politik India di Malaysia ada risikonya. Ini membabitkan pengagihkan kuasa dan jawatan dalam parti dimana ia akan membawa kemusnahan sesebuah parti. Sama seperti penggabungan PAS dan UMNO pada tahun 1974. Apakah mereka mampu mengekalkan hubungan partisam tersebut? Tidak, malah mereka berpecah dengan lebih teruk lagi gara – gara agihan Kerusi Pilihanraya tidak dapat dipuaskan kedua – dua pihak. Ini berbalik kepada pengagihan kuasa dan jawatan yang akan menentukan kerelevanan penggabungan sesebuah parti. Maka MIC perlu kaji sebaiknya sebelum memanggil mereka untuk berbincang.

Bagi saya, rakyat Malaysia khususnya masyarakat india mahu MIC bersuara dengan lantang, mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi supaya perubahan yang berlaku menguntungkan masyarakat india. Mereka tidak mahu malah tidak akan sekali termakan dengan GAMBARAN MIC YANG KUAT DENGAN PENGGABUNGAN PARTI LAIN. Bilangan ahli tidak pernah menjadi isu penting tetapi sejauhmanakah kerelevanan sesebuah parti. Apakah MIC masih mahu menjadi sebuah parti yang relevan? Lakukan perubahan. Tepuk dada tanya selera.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.