Perlantikan Waythamoorthy bukan ancaman kepada MIC

Hindraf-300x202

Senarai Kabinet 2013 sudah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Najib 5 petang tadi. Senarai Menteri – Menteri Kabinet menampakkan perlantikan beberapa muka baru termasuk Waythamoorthy Ponnusamy , pengasas Hindraf. Sememangnya perlantikan beliau adalah satu kejutan kepada ramai pihak termasuk saya. Ada blogger macai mengatakan perlantikan Waythamoorthy akan menjadi ancaman kepada MIC dan akan “membenamkan” parti tersebut.

Namun saya berpendapat lain. Perlantikan Waythamoorthy membolehkan pelan tindakan biru komuniti india yang digariskan oleh Hindraf boleh dikaji secara teliti dan diimplementasi tanpa sebarang masalah. Apa yang HINDRAF minta? Mereka meminta kualiti kehidupan masyarakat india harus dipertingkatkan. Maka dengan perlantikan Waythamoorthy, kini kelompok yang menyokong HINDRAF tidak lagi mempunyai alasan untuk menuduh Kerajaan Barisan Nasional bias. Mereka boleh duduk, berbincang dan menjana idea atau pelan yang mereka merasakan bagus untuk komuniti india.

Apakah MIC akan “dibenamkan” oleh HINDRAF?

Tidak. Saya rasa MIC tidak sedikit pun rasa terancam dengan perlantikan beliau. Kebenarannya selama ini hanya MIC yang kena tempias dan cemuhan orang ramai, kini ada satu lagi sahabat yang akan bersama menanggung cemuh tersebut. Hahaha. Kesahihannya MIC mempunyai 660,000 orang ahli di seluruh Malaysia, belum dicampurkan dengan angka daripada ahli Pemuda,Putera,Wanita dan Puteri MIC. Maka untuk “Execution” Blueprint tersebut  semestinya bantuan MIC diperlukan untuk menyalur atau menyampaikan implementasi pelan biru tersebut. Saya percaya PM tidak akan membuta tuli meluluskan sebarang pelan biru untuk masyarakat india tanpa pengetahuan MIC. Bahkan Majlis menandatangi memorandum MOU antara Hindraf dan Barisan Nasional berlaku atas persetujuan parti MIC.

Cuma pendominasikan MIC dalam kabinet untuk menyuarakan kehendak masyarakat india sudah berkurangan dan ini adalah amat bagus kerana saya berfikirkan selepas ini MIC dan Hindraf akan bersaing sesama sendiri untuk menjana pelan – pelan tindakan untuk masyarakat india di Malaysia. Yang akan menguntungkan ialah masyarakat india. Maka secara tidak langsung Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak juga akan dapat mendengar pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak.

Kepada blogger macai yang mengatakan MIC akan terbenam, cubalah fahamkan isu. Isu politik dan masalah sosial adalah dua benda berbeza.

Vadivelu Comedy

Namun saya setuju dengan salah satu pendapat Blogger Macai tersebut, Dato SK Devamany sepatutnya diberikan senator dan dilantik sebagai Timbalan Menteri. Dato Sk Devamany memberi laluan kepada Presiden Parti MIC untuk bertanding ditempatnya dan Presiden juga telah menangi Kerusi itu, Maka sepatutnya jasa baik Dato SK Devamany seharusnya dibalas dengan mengangkat nama beliau kepada Perdana Menteri untuk diberikan jawatan. Jika kepimpinan tertinggi berbuat demikian, ini akan menjadikan 4 Kerusi Kabinet untuk MIC sahaja.

Tetapi tidak apa, Senarai Kabinet ini saya jangka untuk sementara waktu sahaja, kerana ia akan dirombak balik setelah kesemua Parti Komponen Barisan Nasional selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing- masing dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru. Kita tunggu dan lihat.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, PRU13, PRU13 - MIC, Rakyat. Bookmark the permalink.