@Pkamalanathan “Kantoikan” Vasantha Kumar dan “Hantu” yang mendalanginya?

20120602-143328.jpg



Pada 31 May 2012 Akhbar Berita Online Free Malaysia Today menyiarkan berita Vasantha Kumar, Bekas tahanan ISA dan kini berpayungkan parti PKR mendakwa MP Hulu Selangor YB Kamalanathan memberi laptop satu Malaysia kepada pemimpin tempatan hulu Selangor bertujuan untuk menguatkan jentera pilihanraya PRU ke 13.

Semalam 1 Jun 2012 ,YB P Kamalanathan menjelaskan bahawa kesemua laptop 1 malaysia yang diagihkan kepada penerimaan adalah termaktub dibawah peraturan MCMC (Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia ) dimana pada fasa pertama 1000 laptop 1 malaysia diagihkan kepada pelajar dan sebanyak 1589 tambahan laptop diagihkan juga kepada pelajar. Dalam fasa ketiga Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah membuat keputusan bahawa sebanyak 65% diberikan kepada pelajar dan baki 35% diberikan kepada pemimpin tempatan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada YB P kamalanathan yang lantang menyuarakan fakta. Terima kasih juga saya ucapkan kepada K Vasantha Kumar yang arif dan sungguh teliti dalam memantau kerja Yb P kamalanathan. Sekarang jawab soalan saya :

1. Siapa saudara Vasantha Kumar untuk membawa isu Laptop satu Malaysia? Dimanakah ibubapa yang mendakwanya? Ataupun memang tiada ibubapa yang mendakwa?

2. Pemberian laptop ini untuk menguatkan jentera pilihanraya pru13? Vasantha Kumar, sedar tak kamu bahawa dengan pemberian laptop tidak akan menguatkan mana – mana jentera pilihanraya khusus di kawasan yang hampir 75% perkerjanya adalah di ladang!

3. Soalan vasantha kumar “What is the rationale behind giving laptops to MIC leaders when most of them do not know how to operate them?” Kalau saya boleh bawa satu orang Ahli MIC yang berumur 50 tahun keatas dan boleh mengendalikan laptop, Bolehkah saudara Vasanth meminta maaf akan kenyataan yang tidak berasas langsung?

Vasanth oooohhhhh Vasanth saya tahu siapa yang hemburkan Vasanth untuk membawa isu ini, Cuma nasihat saya pada you lain kali kalau nak bagi berita cuba guna akal khususnya deria ke 6 dalam pembuat pertimbangan. Jangan main tembak melulu sahaja! Dulu terikut hindraf sampai rumah sendiri tergadai dan dilelong , jangan lupa benda yang sama berlaku jika terikut macam dulu!

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Belanjawan 2012, Kaum India, Kebajikan, MIC, News, Pakatan Rakyat, PKR, Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.