PM buat pengumuman. Berita Baik untuk penduduk Kapar & pelajar.

Seperti yang dijangka oleh penulis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tetapi bukanlah “Durian Runtuh” seperti yang dinujum oleh penulis. Mungkin waktunya belum sesuai untuk PM mengumumkannya atau mungkin ia masih dalam peringkat perancangan. Walaubagaimanapun pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib semalam sedikit sebanyak membantu masyarakat India Kapar dengan kelulusan bajet untuk membina tiga bangunan blok baru untuk SKJT Simpang Lima Klang dimana pelajarnya banyak dan kelas tidak mencukupi. Ini membantu Ibubapa pelajar india yang mengeluh selama ini dengan YB Kapar yang tidak efisien dalam menyelesaikan masalah tersebut. Bukan itu sahaja, PM Najib mengumumkan pembinaan satu kremotorium bagi membantu masyarakat india kapar untuk melakukan upacara pengkebumian mengikut adat istiadat hindu.

Juga diumumkan penambahan tempat sebanyak 1500 untuk pelajar India lepasan SPM di Kolej Matrikulasi bermula sessi 2012/2013. Penulis menyambut baik cadangan dan inisiatif yang diambil oleh Perdana Menteri. Kegagalan ahli parlimen kapar menyelesaikan masalah setempat menjadi punca masalah ini dibawa ke perhatian Perdana Menteri. Walaupun Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat, semua dana disalurkan kepada NGO dan bukannya kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Natijahnya Pengerusi Persatuan Ibubapa pelajar sekolah tamil Selangor terpaksa bergaduh dengan YB Xavier Jayakumar yang gagal membantu sekolah tamil.

Apakah kita perlu sebuah kerajaan negeri yang tidak membantu sekolah yang ada dibawah kawasannya? Dimanakah janji yang ditaburkan oleh pembangkang sewaktu pilihanraya 2008? Janji tinggal janji………………….

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Belanjawan 2012, Kaum India, MIC, News, NGO, Pakatan Rakyat, PRU13, Selangor, SPM and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.