PRK Kajang : Rakyat lawan Anwar

Takala masing – masing meminta Barisan Nasional untuk tidak meletakkan calon, ramai yang lupa bahawa pertarungan ini bukan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tetapi antara rakyat dan Anwar. Ini kerana PRK Kajang bukan kerana pembaziran SPR tetapi bukti ketamakan dan keinginan satu orang dan yang teraniaya adalah Rakyat Kajang.

Percaya atau tidak, walaupun Barisan Nasional dikutuk dan dimaki oleh macai – macai Pakatan Rakyat bersama pemimpin mereka, Adun atau Ahli Palimen Barisan Nasional tidak memegang dua jawatan wakil rakyat. Jika mereka ahli parlimen di satu kawasan, mereka tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi Adun, Adun BN pula tidak dibenarkan untuk bertanding jawatan Ahli Parlimen tetapi dalam Pakatan Rakyat anda boleh lihat bagaimana sesetengah pemimpin memegang dua jawatan wakil rakyat dan bergaji lebih tinggi daripada warga korporat.

Kepada rakyat Kajang fikir sebijaknya. Apakah anda mahu wakil rakyat yang tamak jawatan atau yang mahu berkhidmat demi anda? Jika kerusi itu dimenangi oleh BN pun, Pakatan Rakyat akan tetap memerintah Negeri Selangor, jadi salah untuk “MENGHUKUM” sikap TAMAK Anwar Ibrahim. Tetapi jika anda yang masih bersungguh untuk mengundi Anwar Ibrahim pun tidak apa. Itu hak masing – masing, slogan keadilan, kesaksamaan, bersih sudah tidak bermakna lagi kerana ANDA SOKONG KETIDAKADILAN DAN KETAMAKAN SEORANG INDIVIDU.

Yang pasti jika BN menang keperluan rakyat akan terbela dan tidak akan digadaikan demi politik individu. Siapa makan cili dia rasa pedas, siapa yang makan cukup garam akan faham. 

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, PKR, PRK Kajang and tagged . Bookmark the permalink.