Pro-Canselor UiTM “dibantai” Ketua Pemuda MIC @TMohan18

Kenyataan Media oleh T. Mohan Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan

t-mohan

News Date: 13 May 2013

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG DENGAN CADANGAN OLEH PRO-CANSELOR UiTM TAN SRI ABDUL RAHMAN ARSHAD SUPAYA PERSEKOLAHAN VERNAKULAR DIHAPUSKAN BAGI MENGUKUHKAN PERPADUAN DIANTARA KAUM

Saya merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Tan Sri Abdul Rahman Arshad, Pro-Canselor UiTM supaya persekolahan vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di negara.Kenyataan ini dibuat pada program “Post-Mortem PRU-13).

PergerakanPemuda MIC membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahman Arshad. Kami berpendapat bahawa trend pengundian pengundi bukan Melayu dalah tidak mempunyai hubungan langsung dengan perpaduan antara kaum ataupun jenis sekolah yang dihadiri.

Sekiranya BarisanNasional ingin mendapat undi dari pengundi bukan Melayu, maka perlu ada perubahan dalam polisi dan juga dasar yang diamalkan oleh kerajaan. Kerajaan perlulah peka kepada kehendak masyarakat bukan Melayu dalam perkara-perkara berikut:-

1) Peluang Pendidikan, Tawaran Biasiswa dan Pengambilan ke Matrikulasi;

2) PeluangPekerjaan di SektorAwamdan GLC;

3) Peluang mendapatkan kontrak dari sektor kerajaan dan GLC;

Pada PRU 13 ini, kita dapati bahawa walaupun sebahagian besar pengundi berbangsa Cina adalah mendapat pendidikan dari sekolah aliran Cina, namum begitu mereka telah mengundi dan memenangkan ramai calon dari PAS.
Pengundi-pengundi Melayu terutamanya di kawasan bandar juga didapati telah mengundi calon-calon bukan Melayu dari PKR dan DAP.
Ini jelas menunjukkan bahawa trend pengundian telah melepasi benteng perkauman dan juga kegamaan.

Walaupun DAP danjuga PAS didapati sering bertelagah berkenaan dengen perlaksanaan hukum Hudud, namun begitu ianya tidak memberi kesan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dari mengundi PAS.

Maka itu cadangan sesetengah pihak supaya sekolah vernakular hendaklah dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduanan atara kaum bukan sahaja tidak tepat malah tidak seharusnya menjadi tajuk perbincangan malah semua pihak termasuk media perdana tidak seharusnya menggunakan isu perkauman dan juga perpaduan sebagai modal politik.

Kerajaan perlu memperkenalkan dasar dan polisi yang liberal dan berani sekiranya mahu menembusi pengundi-pengundi bukan Melayu dan juga pengundi-pengundi muda berketurunan Melayu di kawasan bandar.

T. Mohan

Ketua PergerakanPemuda MIC Kebangsaan

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, MIC, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini, Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.