Punca sebenar @PKamalanathan ditumbuk

Sudah seminggu insiden ini sudah berlaku namun saya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan memerhatikan tindakan susulan yang berlaku dalam seminggu ini. Rata – rata ramai yang menyokong dan menyuntik semangat kepada YB. P.Kamalanathan agar cepat sembuh dan meneruskan tugasnya manakala ada segelintir pula menyalahkan YB. P.Kamalanathan akan insiden tersebut. Kadang- kala amat bagus untuk mendiamkan diri dan memerhatikan gelagat sesetengah pihak yang selalu menepuk dada mereka dan berkata “Macha kita Satu team” berpaling tabah dalam masa sesaat. Itu bukan aneh tetapi “natural” dalam politik. Ini bukan kali pertama isu ini berlaku, beberapa tahun lepas YB Wee Ka Siong yang ketika itu Timbalan Menteri Pendidikan 1 juga pernah ditumbuk dalam satu program.

Takala isu tumbuk menteri ini disensasikan oleh pihak media, ramai diantara kita semua termasuk penyokong UMNO sendiri lupa untuk mengkaji apakah punca sebenar yang mendorong “GURU KERAJAAN” itu menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan. Puncanya bukan Timbalan Menteri Pendidikan tetapi PILIHAN YANG DIBUAT OLEH GURU ITU SENDIRI.

Semua bakal – bakal guru akan diminta mengisi borang permohonan penjawatan perguruan dimana soalan terakhir mereka lebih kurang seperti berikut:

“SANGGUPKAH PEMOHON MENERIMA TAWARAN PENJAWATAN DINEGERI LAIN SELAIN DARIPADA NEGERI YANG TELAH DIMOHON?”

1) YA     2)TIDAK

Tahukah anda hampir 97% menjawap YA semata – mata untuk menjawat penjawatan awam secepat yang mungkin. Mereka menekan butang “YA” dengan harapan PERTUKARAN BOLEH DIBUAT SELEPAS MEREKA MENDAPAT JAWATAN. Kegairahan mereka untuk menjawat jawatan tersebut menyebabkan mereka membuat pilihanan tetapi apa yang mereka gagal lihat ialah sistem pendidikan di Malaysia mempunyai satu saluran yang sistematik dan tidak bersandar kepada mana – mana pihak.

Pilihan dibuat oleh Cikgu tersebut (dalam insiden ini pilihan yang telah dibuat oleh isteri suspek) namun mereka menyalahkan Timbalan Menteri Pendidikan kerana tidak mendapatkan pertukarkan jawatan. Lagi – Lagi saya pendengar khabar angin bahawa permohonan pertukaran cikgu tersebut dibatalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana guru itu mengajar opsyen Bahasa Inggeris dan negeri Johor mempunyai kekurangan guru pakar Bahasa Inggeris.

Lihat! Bukan tidak boleh ditukarkan, namun setiap pertukaran memerlukan sebab yang kukuh dan menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Saya tidak perlu menerangkan apa syarat – syarat tersebut kerana semua guru – guru yang berkhidmat cukup bijaksana. Namun guru – guru kerajaan perlu sedar walaupun cukup syarat itu bukan bermakna permohonan mereka akan diluluskan serta merta. Ianya perlu diluluskan oleh Bahagian PPD, Pejabat Pendidikan Negeri dan kelulusan akhir hanya akan dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan. JIKA OPSYEN  MATAPELAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU TERBABIT ADALAH TERHAD DAN AMAT DIPERLUKAN DALAM NEGERI TERSEBUT, PIHAK PPD MAHUPUN PIHAK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI BERHAK UNTUK MENOLAK PERMOHONAN PERTUKARAN TERSEBUT.

Persoalan saya, guru – guru ini sudah tahu risikonya dimana kawasan penjawatan mereka adalah tidak tentu.  Sikap BOLEH LAH, TOLONG LA, SATU GANG LA, BARISAN LAH menyebabkan mereka cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh kerana anda mewakili sesuatu parti politik, itu tidak bermakna sistem undang – undang, pentadbiran dan protokol boleh dimanipulasi mengikut kehendak masing – masing.

Bagi mereka yang mengagungkan suspek yang menumbuk timbalan menteri tersebut, saya ingin bertanya kepada kalian. Bagaimana jika yang dikena tumbuk itu bukan YB P.Kamalanathan tetapi Menteri Pendidikan Tan Sri Mahyuddin Yassin ataupun Menteri Pendidikan 2 Dato Seri Idris Jusoh? Apakah kalian semua akan berpendapat sama? Salah tetap salah dan tindakan disiplin mesti diambil terhadap suspek tersebut.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional. Bookmark the permalink.