Putera MIC diiktiraf Parti MIC, 2 calon Putera terpilih #MICGE13

Putera MIC ditubuhkan pada 2007 oleh mantan presiden parti MIC iaitu Dato Sri S.Samy Vellu bagi menarik sokongan golongan elit iaitu para pelajar dan lepasan universiti untuk berkhidmat kepada rakyat melalui entiti ini. Putera MIC kini mempunyai lebih 3000 ahli dari dalam dan luar negara.

BN3
P.Kamalanathan (YB) dilantik untuk mengetuai badan elit ini telah mendapat mandat pertama dengan perlantikannya sebagai Ketua Penerangan MIC pada tahun 2009, dan pada April 2010, P.Kamalanathan dipilih sebagai Calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil bagi parlimen Hulu Selangor. Bagi ahli Putera ia bagaikan satu pengiktirafan kepada pertubuhan Putera MIC.Pada PRU 13, YB P.Kamalanathan telah dicalonkan kembali untuk bertanding Parlimen Hulu Selangor dan pada kali ini seorang lagi ahli Putera MIC telah mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi DUN di Johor.

raven

Saudara Raven Kumar Krishnasamy dipilih untuk bertanding di Kerusi Tenggaroh iaitu kerusi yang pernah disandang oleh mendiang ayahnya sehingga Januari 2008. Raven yang berumur 31 tahun adalah calon termuda daripada barisan calon MIC. Pemilihan Raven dilihat secara positif oleh masyarakat tenggaroh dan menyambut baik pencalonannya. Raven merupakan seorang pemegang ijazah dalam bidang perundangan dan pernah berkhidmat sebagai peguam beberapa tahun. Calon anak tempatan ini dilihat mampu mengantikan tempat ayahnya yang pernah menjadi Wakil Rakyat tersohor di Johor.

IMG_00000056

Pencalonan Raven juga mendapat sokongan positif daripada Ketua – Ketua Cawangan MIC dan Barisan Nasional bahagian Tenggaroh dan mereka berikrar untuk memastikan kemenangan besar bagi anak muda tersebut dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Saya gembira apabila anak muda yang pro aktif seperti Raven diberi peluang untuk berkhidmat demi rakyat. Syabas Saudara Raven.

Dengan terpilihnya dua calon dari Putera MIC, Ini menunjukkan bahawa kepimpinan MIC peringkat Kebangsaan mengiktiraf badan Putera MIC dalam menyahut cabaran bersama dalam memperjuangan visi dan misi Parti. Penulis mewakili kedua – dua calon ini ingin berterima kasih kepada Presiden Parti MIC Dato Sri G. Palanivel dan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Dato Sri Najib Tun Abdul Razak kerana menabur kepercayaan dan memilih dua calon putera MIC yang berkaliber dalam mendukung cita – cita Barisan Nasional.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, PRU13 - MIC, PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.