S.Gobikrishnan (bekas ahli NIAT) dipukul dengan NIAT?

Penulis terbaca berita FMT dimana mereka melaporkan S.Gobikrishnan telah ditumbuk empat kali bertalu-talu dimukanya oleh pembantu peribadi seorang menteri yang menyebabkan cermin matanya pecah.Apabila ditanya kepada pembantu menteri tersebut beliau menyatakan dia hanya menampar S.Gobikrishnan sebanyak 2 kali. Penulis masih ingat lagi ramai rakan – rakan di TwitterJaya mahu Gobi diberi pengajaran yang sepatutnya dan kini saya dapat melihat rakan – rakan twitter bergembira akan insiden yang berlaku semalam. Tetapi Penulis hanya terfikir apakah ini taktik baru serangan Gobikrishnan terhadap MIC? Kerana beberapa bukti yang ditunjukan oleh Gobi amat meragukan.

Pertama : Siapa yang tweet mengenai insiden tersebut?

Setahu saya S.Gobikrishnan yang telah ditampar tetapi yang melaporkannya di twitter adalah saudara murali puchong. Penulis keliru apa kemestinya campur tangan Saudara Murali dalam isu ini? Sepatutnya Gobi yang perlu membuat laporan polis dan Sidang Akhbar tetapi ia semua dilakukan oleh Saudara Murali yang sudah lama membenci MIC. Perhatikan tweetnya dibawah :-

Saudara Murali adalah yang pertama melaporkan insiden

Ini yang penulis benar – benar keliru, Saudara Murali berkata Laporan Polis sedang dibuat di IPD Dang Wangi tetapi Location Mark Twitter menunjukan Saudara Murali berada di Kelang semasa tweet tersebut. Bagaimana ini boleh dipercayai?

Kedua :Cermin Mata Pecah

S.Gobikrishnan melaporkan bahawa cermin matanya pecah dan saudara Murali telah mentweetkan gambar cermin mata tersebut. Bahagian ini juga penulis amat keliru kerana dikatakan laporan polis dibuat pada malam kejadian di IPD Dang Wangi dan pada keesokan harinya bahan bukti penting iaitu cermin mata yang pecah berada di Kelang? Mana mana pula ia boleh berada di kelang. keliru atau tidak?

tetapi dalam gambar yang dihantar kepada Free Malaysia Today menunjukan gobi memakai cermin mata dimana pipinya luka. Bagaimana pula itu?

Ketiga : Pipi berdarah dan bibir lebam akibat tumbukan

Gobikrishnan menyatakan bahawa pipi beliau terdarah dan bibirnya bengkak akibat tumbukan yang lepaskan oleh pembantu peribadi menteri tersebut. Jadi penulis telah meminta bantuan rakan penulis yang professionnya doktor untuk memberi pandangan dari sudut perubatan maka jawapan yang diberi oleh beliau :-

gambar ini diambil dari akhbar online Free Malaysia Today yang menunjukan gambar pipinya masih berdarah dan pandangan yang diberi oleh Dr. Vikneswaran adalah : –

Penulis pasti doktor yang memberi pandangannya dari sudut perubatan membuktikan bahawa Gobikrishnan mungkin ditampar dan bukannya ditumbuk bertalu-talu. Luka dipipinya mungkin disebabkan terkena kuku semasa kejadian.

Ditumbuk atau ditampar tak kira apa yang berlaku, laporan dan sidang media yang dibuat oleh Gobi dan kawan – kawannya menampakan hasrat mereka untuk melibatkan parti MIC. Ini kerana mereka suka melabelkan perkara – perkara fitnah mengenai MIC dan isi – isi laporan polis dan kenyataan media menunjukkan mereka terdesak untuk menyalahkan MIC supaya lebih ramai lagi pengundi india terpesong ekoran kejadian ini.

pssssttt : Ramai yang gembira akan insiden yang berlaku gara – gara gobi dilabel sebagai seorang yang racist oleh sebahagian besar rakan twitter. Adakah ini yang dikatakan sebagai karma? Itulah yang dikatakan terlanjak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Print Friendly

This entry was posted in MIC, News and tagged , , , . Bookmark the permalink.