Sah Malaysiakini akan timbulkan huru hara sabtu ini

himpunan kebangkitan rakyat

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh pihak pembangkang telah pun mendapat lampu hijau dari pihak polis. Keputusan ini sememangnya mengejutkan pemimpin pembangkang kerana mereka mengharapkan polis polis akan membantah permohonan himpunan tersebut. Semalam Pemimpin Pakatan Rakyat pergi berjumpa IGP untuk mendapatkan kebenaran dan IGP menjanjikan bahawa perhimpunan tersebut boleh diadakan dan pihak polis akan memberi kawalan keselamatan dengan syarat himpunan itu berjalan dengan lancar, selamat dan tidak menganggu keselamatan orang lain.

Cuma apa yang diminta oleh IGP Tan Sri Ismail Omar ialah meminta semua pihak media mendaftar wartawan yang akan bertugas pada hari tersebut dengan pihak polis dan wartawan yang bertugas akan diberi pas khas untuk membuat liputan himpunan tersebut. Namun MalaysiaKINI bertegas TIDAK AKAN MENDAFTARKAN WARTAWAN MEREKA DENGAN PIHAK POLIS sebaliknya akan mengunakan PAS Media yang diberi oleh pihak SKMM (Link: ‘Malaysiakini not interested in police press tags’) . Selama ini MalaysiaKINI Kepoh dengan alasan “POLIS tidak membenarkan pihak media” apabila polis membenarkan meeka bersikap bongkok pula! Ish Ish, cam ada udang disebalik me!!

Kenapa PDRM meminta para wartawan untuk berdaftar dengan mereka?

Ramai yang sedar dalam zaman yang advance ini hampir semua boleh diciplak, jadi Kad media yang diberikan kepada pihak wartawan oleh kerajaan juga boleh diciplak. Kambing pun boleh diclonekan apatah lagi Kad Media. Jadi kebanyakkan blogger blogger pakatan rakyat atau partisan sanggup mengklonkan kad media ini untuk membuat liputan pada mana mana perhimpunan. Blogger blogger inilah yang memutar belitkan isu dengan menunjukkan benda yang betul sebagai tidak betul semata – mata untuk mendapatkan traffic tertinggi untuk blog mereka.

Untuk mengelakkan WARTAWAN PALSU sebegini, pihak polis meminta para wartawan yang bertugas untuk mendapatkan pas khas supaya memang wartawan yang ASLI dapat membuat liputan.

psssttt : Ini pun tak tau, nak gelarkan media plak! ptui!

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.