Sahih! Pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden MIC #MIC67

s-subramaniam1-oct3Dato Sri Subramaniam, Timbalan Presiden MIC dijangka terpaksa bertanding untuk terus menyandang jawatan tersebut. Sejak desas-desus yang mengatakan bahawa seorang pemimpin MIC akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, saya telah menghubungi beberapa kawan saya yang aktif dalam MIC bahagian dan cawangan untuk mendapatkan pengesahan sama ada benar wujudnya pertandingan. Rata – Rata akui bahawa mereka telah didekati oleh seorang Pemimpin MIC yang melobi dengan barisan perwakilan MIC untuk mengetahui tahap sokongan dan dorongan yang diberikan oleh perwakilan MIC. Pemimpin ini dikatakan hanya menunggu arahan daripada “Pihak Atasan” untuk mengumumkan pencalonannnya untuk bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Buat waktu ini saya terpaksa merahsiakan nama Pemimpin MIC itu, kerana saya belum dengar kata putusan dari beliau.

Saya menjangkakan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib mungkin akan campurDatuk_Dr.S.Subramaniam tangan sekali dalam isu ini kerana ia bagaikan “memecahkan” janji sewaktu mesyuarat pendamaian Pemilihan MIC. Jika tiada campur tangan Dato Sri Najib, Dato Seri Subramaniam harus bertanding untuk jawatan tersebut. Persoalannya? Apakah Dato Seri G.Palanivel akan menyokong pencalonan Dato Seri Subramaniam sekaligus membantu Dato Subramaniam menang atau Dato Seri Subramaniam harus bergantung kepada “line up” beliau untuk berkempen dan membantu beliau untuk memenangi Pemilihan MIC ini.

Apa – Apa pun tunggu sehingga hujung bulan ini, masih ada lebih banyak berita panas yang mungkin membuatkan anda terkejut.

Print Friendly

This entry was posted in MIC. Bookmark the permalink.