Saya pilih @HishammuddinH2O #Hisham4VP

Jika saya salah seorang daripada perwakilan UMNO, saya akan pilih Dato Seri Hishammuddin Hussein Onn untuk terus memikul jawatan Naib Presiden UMNO. Kenapa saya akan pilih beliau?  Kerana saya tahu Dato Seri Hishammuddin ialah seorang menteri yang berkaliber dan mampu membawa transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri kita, Dato Sri Najib Razak. Malangnya saya bukan dari perwakilan UMNO malahan bukan juga ahli UMNO.

Kementerian Belia dan Sukan adalah Kementerian pertama yang dipimpin oleh Dato Seri Hishammuddin. Kementerian tersebut dipimpin begitu baik sehingga kualiti dan prestasi atlet dapat diperbaiki sehingga memenangi beberapa kejohanan besar. Kementerian Pendidikan juga pernah dipimpin oleh Dato Seri Hishammuddin dimana pada era tersebut Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Inggeris. Ramai ibu bapa menyokong matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris kerana ia dapat membantu anak – anak mereka lebih mahir dalam bahasa tersebut.

Beliau juga turut disegani oleh semua lapisan masyarakat tanpa kerana sikap ramah –hisham mesranya. Beliau senang didekati dan merupakan satu – satunya Menteri yang “COOL”. Tanpa sikap egonya, jika beliau dijemput ke rumah orang beliau akan duduk bersila di atas lantai. Katanya, jika duduk bersila beliau rasakan keeratan dengan rakyat. Bagi Dato Sri Hishmam , seorang pemimpin haruslah berjiwa rakyat dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka tanpa mengharapkan sebarang jenis balasan.

20120210_154523Saya berpeluang untuk mendekati Dato Sri Hishammuddin dalam program pertama  iaitu “Tweetup bersama Dato Sri Hishammuddin” yang diadakan di Kementerian Dalam Negeri tahun lepas. Ramai diantara rakan – rakan twitter beliau hadir. Kami berdiskusi, berbincang malah bergelak ketawa macam kawan. Banyak isu yang kami memberikan pandangan dan beliau setuju. Pertemuan kami tidak berakhir disitu sahaja, malah saya berpeluang bertemu dengan beliau dalam banyak program lain termasuk program rumah terbuka Dato Sri Hishammuddin di Sembrong.

Dato Sri Hishammuddin bukan seorang yang cepat melupakan muka orang. Dalamphoto program kedua, apabila beliau terserempak dengan saya, soalan pertama yang dia tanya saya ialah “New hair style ke cikgu?”. Begitu kuat ingatan Dato Sri malah beliau mampu kenal semua orang yang ditemuinya. Banyak jemputan keprogramnya saya terima, hampir kesemua program saya akan “mencuri” waktu semata – mata untuk hadir. Begitu ramah-mesra orangnya.

Pernah rakan  – rakan saya bertanya, tidak ke saya marah terhadap Dato Sri Hisham, sebab beliau menghunus Keris dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ia dikatakan bagai memanggil kaum lain untuk berperang. Saya kata TIDAK SAMA SEKALI. Itu adalah Perhimpunan Agung UMNO, sudah tentu intipati perhimpunan itu mempunyai kelebihan kepada parti UMNO. Cuba hadir ke Perhimpunan Agung MCA,MIC,DAP,PKR atau mana – mana parti politik. Mereka akan mengutamakan agenda parti mereka dalam perhimpunan tersebut. Pernah sekali dalam Perhimpunan Agung MIC, seorang perwakilan MIC membawa KATAK HIDUP sewaktu sesi bahasnya. Yang saya akan salahkan ialah, Pihak Media. Isu KERIS diputarbelitkan oleh beberapa media yang tidak bertanggungjawab semata – mata untuk membawa kekecohan. Bagi saya isu keris adalah isu remeh – temeh.

Sebagai seorang pemimpin yang bagus, sebagai seorang Menteri yang berkaliber,309883_10150404022412552_722232551_8190581_1697637316_n sebagai seorang rakan yang mesra rakyat, Dato Sri Hishammuddin mampu mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam Pemilihan Parti yang akan datang. Bukan sahaja dari UMNO malah semua pemimpin dari Parti Komponen Barisan Nasional Dato Sri Hishammudin untuk terus memikul jawatan Naib Presiden UMNO.

Maka Pilihlah Hishammuddin. #Hisham4VP

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.