Semua jawatan dalam MIC harus dipertandingkan!

MIC-Logo

 

Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat. Penulis rasa sudah tiba msanya untuk pemimpin MIC dari peringkat atasan sehingga ke peringkat akar umbi untuk mendapat mandat baru daripada ahli MIC dan meneruskan parti politik masyarakay india yang sudah 67 bertapak di Malaysia.

Artikel ini ditujukan kepada mereka yang mengeluarkan kenyataan bersama agar “jawatan” seorang dalam parti dikekalkan tanpa pertandingan. Saya bangkang cadangan itu sama sekali kerana cadangan tersebut tidak masuk akal! Apakah mereka ini sudah lupa akan janji mereka sebelum menunda pemilihan parti MIC bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum yang ke 13? Iaitu untuk mengadakan Pemilihan Parti secepat mungkin selepas PRU. Tetapi selepas PRU nampaknya mereka ingin memainkan rentak lain demi kepentingan individu. Ini tidak patut. Bagi saya adalah amat penting bagi semua Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi MIC untuk mengadakan AGM seterusnya Pemilihan Parti secepat mungkin bagi mendapat mandat baru.

Cukuplah kepada pemimpin yang sudah pun berusia, mahupun diperingkat Kebangsaan ataupun di peringkat cawangan, berundurlah, beri peluang kepada pemuda untuk memberi nafas dan imej baru MIC ini. Trend politik sudah berubah, bak kata benda yang sama tidak boleh diulangi lagi.

MIC perlu berubah kepada satu parti yang tegas dan lebih Vokal menyuarakan pandangan masyarakat india. Jika ada yang enggan melakukan transformasi dalaman Parti MIC maka tidak mustahil MIC akan hilang taringnya dan akan digantikan dengan Parti India lain yang dilihat lebih aggresif dalam memajukan Masyarakat India. Sampai ketahap Timbalan Menteri diberikan kepada pemimpin india yang bukan dari mana – mana parti politik. Adakah MIC masih ingin menjadi relevan? Transformasilah sekarang sebelum terlambat.

Print Friendly

This entry was posted in MIC, PRU13 - MIC. Bookmark the permalink.