@SkDevamany dilantik menjadi Speaker perak hari ini?

Datuk-SK-DevamanyBekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Naib Presiden MIC Dato Sk. Devamany dijangka akan dilantik sebagai Speaker Dewan Undang Negeri Perak berkuatkuasa hari ini Jumaat 28 Jun 2013.

Beliau mengantikan Dato Ganesan yang juga dari MIC Perak. Menteri Besar mempunyai kuasa dalam mencadangkan calon yang boleh dipilih untuk menjadi Speaker. Oleh kerana, pada penggal lepas jawatan itu diberikan kepada Parti MIC, mandat itu diturunkan sekali lagi bagi penggal ini.

Pada pendapat saya, Dato SK Devamany adalah pilihan yang terbaik dibuat oleh Menteri Besar Perak, iaitu Dato Sri Zambry. Saya percaya bekas guru itu mampu menjalankan tugasnya dengan lancar dan tertib.

Saya ucapkan Tahniah kepada beliau!

Print Friendly

This entry was posted in MIC. Bookmark the permalink.