@SkDevamany Speaker DUN Perak

Datuk-SK-DevamanyDato SK. Devamany akan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mengikut sumber penulis dari Pejabat Menteri Besar Perak. Penulis dan beberapa rakan penulis ingin menyimpan hal ini secara rahsia sehingga perlantikannya diumumkan tetapi Akhbar portal Free Malaysia Today telah menyiarkan artikelnya hari ini.

Perlantikan Dato SK Devamany ini menggantikan Speaker terdahulu iaitu Dato Ganesan yang juga merupakan ahli jawatan tertinggi Malaysian Indian Congress.

Pada pendapat penulis, Perlantikan Dato Sk Devamany harus disambut baik oleh semua pihak. Pengorbanan beliau kepada Ketaataan dan kesetiaanya kepada Parti dan Pemimpin Partinya memyebabkan beliau sanggup memberi laluan kepada Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel untuk bertanding di Kawasan Parlimennya iaitu Cameron Highlands. Datuk G.Palanivel menang di Cameron Highlands manakala Dato SK Devamany yang dipindahkan ke  Parlimen Sungai Siput tewas kepada calon PSM.

Saya rasa tiba masanya Datuk G.Palanivel untuk mengenang budi , jasa dan pengorbanan Dato SK Devamany dengan merestui perlantikan beliau. Menteri Besar Perak, Dato Sri Zambry telah membuat pilihan yang bijak dalam memilih Speaker dari MIC. Gua gerenti,SK Devamany barang baikkk punyaaaa. 

Jadi Isu speaker DUN Perak sudah selepas, sekarang penulis minta semua perwakilan untuk bersiap sedia untuk menghadapi pemilihan Parti MIC. Jangan duk berangan.

Print Friendly

This entry was posted in MIC, PRU13 - MIC. Bookmark the permalink.