Sudahlah Milo suaM, tengok perangai PR sebelum salahkan BN

Blogger pro pembangkang Milo SuaM melaporkan bahawa komik berjudul “Transformasi Najib” diedarkan untuk murid sekolah berasaskan sumber yang diterimanya dari forum lowyat.net . Milo Suam juga mendakwa bahawa ia adalah propaganda BN untuk meracuni minda pelajar sekolah supaya setia pada kerajaan Barisan Nasional. Setelah melihat link lowyat penulis hanya mampu menahan gelak ketawa apabila tajuk posting dan isi dalamnya terdapat dua mesej yang berlainan. JOM KITA BONGKARKAN!

tajuk posting : “PM Najib, the comic book series, some dude pass it to my little sister

mesej dalam forum itu : “got it during my sister’s school PIBG meeting. Election coming soon huh?”

Tajuk posting menyatakan seorang lelaki memberi buku komik tersebut kepada adik perempuanya, mesej dalam forum itu pula menyataakan buku itu dapat semasa mesyuarat PIBG sekolah. Mana satu betul ini?

Apabila penulis ini mengkaji gambar tersebut, saya memperolehi sedikit sebanyak maklumat tentang gambar itu. Antara maklumat yang saya dapat adalah tarikh gambar itu ditangkap juga waktunya, tambahan jenis kamera yang digunakan untuk merakam imej tersebut.

Imej buku itu telah dirakam pada 14 januari 2012 pada pukul 4.04pm dengan mengunakan talifon pintar iphone.

Anehnya,Penulis keliru mesyuarat PIBG diadakan dalam masa dua minggu selepas pembukaan sekolah? Sebagai seorang guru disekolah kebiasaanya Mesyuarat – Mesyuarat berkaitan PIBG akan bermula pada awal bulan februari setelah guru – guru telah siapkan semua maklumat pelajar. Penulis juga ingin tahu sekolah mana tu?. Jika pelapor percaya bahawa media itu adalah alat propaganda barisan nasional kenapa tidak melaporkan pada pihak polis untuk siasat lanjut? Blogger milo suam pula bagaikan ketagihan isu untuk menghentam kerajaan barisan nasional! main pakai bantai je!

Untuk pengetahuan pembaca, pada november lepas tahun 2011, penulis telah menhadiri majlis pembukaan tadika baru di kawasan shah alam. Majlis tersebut disempurnakan oleh Wakil Rakyat dari pakatan rakyat. sewaktu Wakil Rakyat memberi ucap katanya, segelintir pengikutnya mula mengedarkan buku jingga kepada hadirin. ini bukan propagandakah? buktinya?

Ini Buku Jingga yang diedarkan dalam Majlis Perasmian tadika tersebut. Ini bukan propaganda secara langsung ke?

Nasihat penulis kepada sahabat blogger pembangkang Milo Suam, apabila Buku Jingga boleh diedar kepada ibubapa dan murid – murid sewaktu perlancaran tadika di shah alam, maka saya tidak melihat kesan dari komik Transformasi Najib (jika ia benar – benar telah diedar kepada murid sekolah). Saya tida membuat laporan polis kerana ramai ibubapa yang hadir telah memulangkan buku tersebut kepada pemberi dan juga dicampak atas kerusi setamatnya majlis tersebut. Wahai Sahabat Milo Suam lain kali bantai biar pakai akai jangan main tembak je tanpa bukti kukuh.

pssssttttt: Kalau betul komik itu diedarkan peda murid sekolah penulis cabar supaya laporan polis dibuat keatas sekolah terbabit. Bolehlah kita ketahui kebenarnya samada buku itu memang diedar atau cuma taktik kotor PR meracuni fikiran rakyat?

Print Friendly

This entry was posted in DAP, News, Pakatan Rakyat, PKR, Rakyat and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.