SULIT | Kenyataan Media @PKamalanathan diputar belit

Beberapa akhbar tamil melaporkan P.Kamalanathan memaafkan suspek dan menarik balik laporan polis? Seperti biasalah Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan 2, YB P. Kamalanathan telah diputar belit oleh pihak media segelintir AKHBAR TAMIL. Beberapa rakan media menyumbang saya kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Menteri tersebut. Nampaknya ia bukan seperti yang diwar – warkan oleh pihak media.

YB .P. Kamalanathan menegaskan bahawa beliau memaafkan guru yang menyerangnya atas kapasiti dan prinsip keperibadian namun itu BUKAN BERMAKNA beliau akan menarik balik laporan polis atau tindakan undang Рundang terhadap dia mahupun guru itu terlepas daripada tindakan undang Рundang. Secara terang Рterang kenyataan media rasmi YB. P. Kamalanathan menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat oleh YB. P. Kamanalanathan TIDAK akan ditarik balik.

KENYATAAN RASMI YB. P. KAMALANATHAN

PKENG

PKTAMIL

Kenyataan Akhabar Bahasa Tamil yang mengatakan YB. P. Kamalanathan tidak akan menarik balik laporan polis dan tindakan undang – undang terhadap guru tersebut.

Ini bermakna YB . Kamalanathan percaya sistem perundangan Malaysia akan memastikan keadilan terbela. Memaafkan seseorang itu adalah lebih mulia daripada meminta maaf. YANG PASTI GURU TERSEBUT AKAN TERIMA HUKUMAN SETIMPAL DALAM KAMAR MAHKAMAH.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional, Kaum India, Kebajikan, MIC, News, Selangor. Bookmark the permalink.