Syabas! Tindakan Pantas @Pkamalanathan selesaikan isu SK Sri Pristana

A94E0438Syabas saya ucapkan kepada YB P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 2 yang telah menyelesaikan masalah kantin di Sekolah Seri Pristana dalam masa yang amat singkat.

Perkara itu timbul semalam dalam media sosial dimana beberapa gambar pelajar yang  bukan beragama islam makan di ruang yang menyerupai tandas. Ruang itu bukannya tandas tetapi bilik persalinan yang digunapakai sebagai ruang makan tambahan kerana Kantin sekolah tersebut tidak dapat memuatkan kesemua pelajar.

Tindakan pantas YB P.Kamalanathan telah menghantar pengawai khasnya ke Sekolah untuk mendapatkan maklumat dan meminta ruang itu ditutup serta merta.

Hari Ini YB. P.Kamalanathan telah melawat berjumpa dengan Guru Besar Sekolah tersebut dan telah mendapati kantin tersebut memerlukan tambahan ruang, serta – merta YB. P.Kamalanathan menyumbang duit beliau sebanyak Rm10,000 berbentuk cek untuk penambahan bumbung dan kerusi Meja bagi sekolah tersebut.

Pemimpin sebegini yang kita perlukan dalam pentadbiran Dato Sri Najib, Cepat, Tangkas dan Adil. Bayangkan isu sebegini jika tidak mengambil keputusan secara cepat, pembangkang sudah tentu memanipulasi keadaan dan akan menuduh seolah – olah Barisan Nasional yang menyuruh Guru Besar itu meletakkan pelajar tersebut dalam tandas. Syabas kepada YB P.Kamalanathan.

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Barisan Nasional. Bookmark the permalink.