TERBUKTI sentimen kaum india dipergunakan untuk kepentingan DAP

Tahniah saya ucapkan kepada blogger Dhanyaraam yang membongkar surat “cinta” Adun DAP Seri Delima Pulau Pinang YB RSN Rayar kepada Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang YB Ramasamy. Ingin penulis kongsikan dulu kedua – dua surat yang dimuatnaik oleh Dhanayaraam.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah dalam halaman kedua, YB RSN Rayer mengakui bahawa isu perobohan kuil di Padang Jawa, Klang, Selangor dan Sentimen Kaum india berpaksikan Makkal Sakti membawa mereka berkuasa.

Terbukti dari surat YB RSN Rayer sendiri DAP telah mempergunakan sentimen Kaum India yang berpaksikan Makkal Sakti dan perobohan Kuil di Padang jawa,Klang Selangor pada 2007 agar Parti Pembangkang dapat mengambil alih kuasa dengan jalan singkat . Maka fitnah yang ditabur adalah amat kuat bagi membolehkan situasi politik berbelah kepada mereka! bagi penulis sungguh keji sikap pembangkang apabila Kuil dan Sentimen perkauman dimainkan untuk kepentingan Politik DAP!

Apabila insiden yang berlaku di Selangor boleh dipolitikan sehingga Pulau Pinang untuk kepentingan politik DAP maka fikirkan apa yang boleh berlaku jika MEREKA YANG GILA KUASA mengambil alih kerajaan pusat maka hancurlah Negara Malaysia yang kita cintai.

Fikir sejenak, Anda mampu mengubahnya pada PilihanRaya yang akan datang!

pssst : Kuil yang diroboh pada tahun 2007 masih belum siap dibina, itu you semua tahukah?

Print Friendly

This entry was posted in DAP, Kaum India, News, Pakatan Rakyat, Rakyat, Selangor and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.