Terima Kasih SMK Assunta.

Penulis terlebih dahulu ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada SMK Assunta khususnya kepada Pn Rita, pengetua sekolah tersebut kerana memberi penjelasan akan isu yang dibangkitkan oleh penulis beberapa minggu lepas. Penulis ingin menjelaskan bahawa bukanlah motif penulis untuk mengutuk atau menjatuhkan nama sekolah akan tetapi menanya bagi pihak ibubapa yang tidak faham kenapa ia perlu dilanjutkan sehingga tahun depan. Mereka mendakwa bahawa tiada maklum balas diterima dari pihak sekolah oleh itu masalah itu dibawa kepada penulis. Sepatah dua kata yang penulis tulis tidak memuaskan pihak sekolah , maaf jika tersinggung. Penulis menguploadkan komen beliau diblog saya :

Sebab – Sebab dari pengetua kenapa mereka tidak dapat melaksanakan pengagihkan Rm100 dalam masa terdekat :-

* Kebanyakkan Kelas diperuntukkan untuk peperiksaan SPM dan STPM

* Telah dinasihat oleh pihak atasan untuk mengedarkan ia secara terlaksana

* Pihak sekolah tidak berniat untuk meyeleweng duit tersebut

* BELIAU BERJANJI KEPADA IBU KEPADA PELAJAR TERSEBUT BAHAWA DUIT RM100 AKAN SAMPAI JUA.

Dengan kebenaran pengetua sekolah tersebut saya “quotekan” komen terbaru beliau :

Apa yang dipinta oleh penulis adalah penjelasan dan ia telah pun diberi oleh Pengetua Sekolah. Bukan itu sahaja Pn.Rita berjanji akan mengedarkan rm100 tersebut. Perkara ini timbul akibat surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak sekolah kabur dan tidak memahamkan ibubapa sehingga ia disampaikan kepada penulis. Oleh kerana Pengetua sendiri telah memberi kata putus dan penjelasan maka saya harap penjelasan yang diberi memuaskanĀ  hati dua orang pengadu maka bagi penulis isu ini selesai. Terima kasih kepada Pengetua yang sudi memberi penjelasan yang JELAS.

Sekian Terima Kasih

Print Friendly

This entry was posted in Lain - lain. Bookmark the permalink.