Terkini : DUN Perak bubar

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak secara rasminya dibubarkan selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menandatangani watikah pembubaran DUN jam 3.10 petang tadi.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di Istana Iskandariah di sini tepat jam 2.50 petang untuk menghadap dan memohon perkenan Raja Dr Nazrin Shah mengenai pembubaran DUN Perak.

Print Friendly

This entry was posted in PRU13 - Terkini. Bookmark the permalink.