Terkini : DUN Sabah telah dibubarkan sebentar tadi

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah selaras pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13. 

Beliau mengumumkannya dalam sidang media khas di kediaman rasminya di Sri Gaya, di sini, kira-kira jam 4.00 petang tadi. Sebelum itu Musa menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Print Friendly

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.