Tiba masa Karpal untuk tinggalkan DAP?

ShiZone berasa sudah tiba masa untuk Karpal Singh meninggalkan arena politik kerana beliau sudah tidak dihormati oleh ahli DAP sendiri ekoran keputusan Jawatankuasa Disiplin DAP yang memihak kepada YB Ramasamy timbalan ketua menteri 2 . Kini karpal singh bagaikan singa tempang yang tidak mempu berbuat apa – apa melainkan dengan mengatur sidang media tergempar bagi menyatakan hasrat dan mengkritik keputusan Jawatankuasa Disiplin DAP tersebut

20120318-175029.jpg

Karpal singh telah diberi amaran oleh YB Ramasamy agar tidak bertindak sebagai Godfather dalam menentukan siapa calon DAP PRU 13 beberapa bulan lalu. Karpal Singh, Presiden atau Pengerusi DAP Kebangsaan itu sendiri tidak diberi muka malah terpaksa meminta jawatankuasa menyiasat YB Ramasamy. Kesian, Karpal mungkin lupa yang Ramasamy itu sendiri adalah ahli panel jawatankuasa tersebut. Maka tiada kerelevenan dalam keputusan tersebut dan mungkin ada campur tangan beliau dalam menentukan keputusannya.

20120318-175148.jpg

Kini karpal singh terpaksa menggunakan media nasional yang selama ini dituduh sebagai media alatan Barisan Nasional untuk meminta Jawatankuasa Disiplin DAP dibubarkan untuk memilih ahli yang baru dan menyiasat kembali kes Ramasamy yang dikatakan sabotaj YB Karpal Singh dalam kebanyakkan majlis. ShiZone berasa lebih baik Karpal letak jawatan kerana beliau tidak mampu untuk mengawal ahli DAP sendirinya. Kesian singa beroda!

Sudahlah Karpal, letak jawatan you sebelum di usir oleh mereka. Cukup perjuangan you telah selesai…. Ramai ahli DAP dah muak

Print Friendly

This entry was posted in Bersih 2.0, DAP, Kebajikan, Lain - lain, News, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, PRU13. Bookmark the permalink.